the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keputusan tidak rayu 40% hasil Sabah selaras dengan semangat federalisme – Ahmad Zahid

BN sambut baik keputusan kerajaan tidak merayu pemberian khas 40% hasil kepada Sabah selaras semangat federalisme dan Perlembagaan Persekutuan

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) menyifatkan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu terhadap pemberian khas 40% hasil kepada Sabah sebagai langkah tepat selaras dengan semangat federalisme.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN menyambut baik keputusan itu yang menunjukkan komitmen kerajaan menghormati hak rakyat Sabah sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sejak dari awal, BN sentiasa menjunjung kepentingan rakyat Sabah, memperteguh hak-hak yang termaktub dalam perjanjian dan perlembagaan,” katanya dalam kenyataan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata BN akan terus konsisten memperjuangkan hak Sabah dan mana-mana negeri lain mengikut kerangka perundangan.

Beliau berkata BN turut mengambil maklum keputusan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang akan memulakan proses rundingan bersama Kerajaan Sabah.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober memutuskan Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40% hasil Persekutuan bagi tahun 1974 hingga 2021.

Jabatan Peguam Negara semalam memaklumkan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah berhubung pemberian khas tersebut.

Namun kerajaan akan merayu terhadap kecacatan dalam Alasan Penghakiman yang menyentuh dakwaan salah guna kuasa dan pelanggaran kewajipan perlembagaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings