Thursday, November 13, 2025
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tengku Zafrul tamatkan khidmat sebagai Menteri MITI 2 Disember 2025

Tengku Zafrul akhiri perkhidmatan sebagai Menteri MITI pada 2 Disember 2025 serentak penamatan penggal sebagai senator

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan menamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa 2 Disember 2025.

Beliau mengumumkan hari terakhirnya di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serentak dengan penamatan perkhidmatan sebagai anggota Dewan Negara.

“Oleh itu, memandangkan saya bukan lagi anggota Dewan Negara (untuk terus menyandang jawatan itu), sudah semestinya saya tidak boleh meneruskan khidmat sebagai menteri,” katanya pada sidang media mengenai prestasi MITI bagi suku ketiga 2025.

Tengku Zafrul menzahirkan hasrat untuk membantu penggantinya dalam tempoh peralihan sebagai menteri baharu.

Ditanya mengenai kesediaan meneruskan peranan sebagai penasihat, beliau berkata tiada perbincangan mengenai perkara itu setakat ini.

“Tiada sebarang perbincangan mengenainya lagi…namun jika timbul keperluan itu, saya sudah membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan telah menyatakan hasrat untuk terus membantu.”

Beliau menambah masih menunggu keputusan perdana menteri mengenai peranannya selepas ini.

Tengku Zafrul telah berkhidmat sebagai senator selama dua penggal sejak 2020, iaitu tempoh maksimum dibenarkan.

Beliau akan menamatkan tempoh enam tahun di Dewan Negara pada 2 Disember 2025. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories