the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hanya tiga kementerian punyai kakitangan OKU lebih 1 peratus – Ras Adiba

KLANG: Hanya tiga kementerian mempunyai jumlah kakitangan Orang Kurang Upaya (OKU) melebihi satu peratus seperti yang ditetapkan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010, kata Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Ras Adiba Radzi.

Beliau berkata kementerian berkenaan ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan 1.87 peratus, diikuti Kementerian Pertahanan (1.32 peratus) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan 1.07 peratus penjawat awam OKU.

Sehubungan itu, Ras Adiba yang mewakili komuniti OKU di Dewan Negara tersebut berharap kementerian lain akan memberi lebih banyak peluang kepada golongan berkenaan untuk bekerja dalam sektor awam kerana mereka juga mampu berkhidmat untuk negara.

“Hanya tiga kementerian yang mempunyai kakitangan OKU yang melebihi satu peratus seperti yang ditetapkan dan saya berharap kementerian lain dapat membuka peluang kepada golongan ini sekurang-kurangnya mengikut ketetapan satu peratus berkenaan,” katanya selepas program penyampaian sumbangan daripada OKU Sentral dengan kerjasama Kumpulan Jakel kepada kira-kira 300 penerima di Kampung Sungai Udang secara pandu lalu, di sini hari ini.

Setakat Jun 2019, jumlah pengisian OKU dalam perkhidmatan awam ialah seramai 3,686 pegawai bersamaan 0.29 peratus.

Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral berkata pihaknya dan rakan-rakan yang lain akan terus berusaha untuk memastikan ketetapan berkenaan dapat dicapai.

Sementara itu seorang penerima sumbangan, Nurul Aniza Razali, 33 berkata dia amat berterima kasih kepada OKU Sentral atas sumbangan pelbagai barangan keperluan harian untuk kegunaannya dan anak perempuan tunggal, Nur Auni Faiqa Mohd Faizal yang mengidap palsi serebral sejak lahir.

Ibu tunggal yang kematian suami akibat kemalangan lima tahun lepas itu berkata dia hanya bergantung pada pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) arwah suaminya bagi tujuan perbelanjaan.

Aminah Abdullah, 49, pula berkata sumbangan yang diberikan oleh OKU Sentral banyak membantu keluarganya yang mengalami kemerosotan pendapatan akibat Covid-19.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, suami saya tidak lagi boleh melakukan kerja lebih masa di bengkel besi tempat dia bekerja kerana kekurangan tempahan, jadi pendapatan kami berkurangan antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan berbanding sebelum Covid-19,” katanya.

Ibu kepada empat anak berusia enam hingga 23 tahun tersebut berkata anak bongsunya Muhammad Yunus Mohd Din yang menghidap sindrom Down memerlukan perbelanjaan tinggi dan kekurangan pendapatan keluarga secara langsung menjejaskan kemampuan menampung keperluan anaknya itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV Technologies completes NRC IRAP-supported R&D project for non-cyanide gold extraction technology

RZOLV Technologies has completed an NRC IRAP-supported research project focused on advancing its proprietary RZOLV™ non-cyanide gold extraction technology, generating new bench-scale development data, expanding laboratory capabilities, and supporting future process optimization, pilot-scale testing, and commercialization efforts.

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

RZOLV Technologies Completes NRC IRAP-Supported R&D Project for Non-Cyanide Gold Extraction Technology

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 22, 2026 - RZOLV Technologies Inc. (TSXV: RZL) (OTCQB: RZOLF) (FSE: S711) ("RZOLV" or the "Company") is pleased to announce that its wholly owned operating subsidiary, Innovation Mining Inc. ("Innovation Mining"), has completed its first research and development project supported by the National Research Council of Canada Industrial Research Assistance Program ("NRC IRAP").

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings