Thursday, November 13, 2025
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua rakan didakwa rompak pemilik butik bersenjata parang

Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan rompakan berkumpulan bersenjata parang ke atas pemilik butik

KOTA BHARU: Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan parang terhadap seorang pemilik butik pakaian.

Mohammad Faisal Mohamed Raffei, 36, dan Muhammad Farif Izuan Ghazali, 32, didakwa melakukan perbuatan itu ke atas Nur Ismawanis Mohamad, 27, di butik pakaian di Wakaf Che Yeh pada 4.10 petang 18 September.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 397 kanun sama.

Seksyen 397 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala Muhammad Farif Izuan diwakili peguam Mohd Firdaus Zainal Abidin.

Mohammad Faisal tidak diwakili peguam semasa prosiding mahkamah.

Hakim Nik Habri Muhamad menetapkan 11 Disember untuk sebutan semula kes tersebut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories