the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 2, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tang Jie-Ee Wei terima PPT suntikan semangat cipta lebih kejayaan

Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terima Pingat Pekerti Terpilih daripada Sultan Nazrin sebagai pengiktirafan dan pemangkin semangat.

KUALA KANGSAR: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menyifatkan penganugerahan Pingat Pekerti Terpilih sebagai suntikan semangat untuk terus melakar kejayaan.

Mereka menerima anugerah itu sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ke-69 di Istana Iskandariah.

Tang Jie berkata pingat tersebut merupakan pengiktirafan kepada pencapaian mereka dalam arena badminton negara.

BACA: Tang Jie-Ee Wei mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark 2025

“Ya, kami rasa sangat bangga boleh terima anugerah ini dan ia sebagai satu pencetus semangat untuk lebih berjaya lagi,” katanya.

Beliau turut menyampaikan rasa syukur dan terima kasih kepada Sultan Nazrin atas penganugerahan tersebut.

Seramai 205 penerima menerima Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak dalam majlis itu.

Antara anugerah lain termasuk Darjah Paduka Cura Si Manja Kini dan Darjah Paduka Mahkota Perak.

Ee Wei berkata mereka kini fokus kepada persiapan ke Terbuka Australia di Sydney dari 18 hingga 23 November.

“Pada masa ini, kami hanya fokus kepada kejohanan yang terdekat di Australia,” katanya.

Beliau menambah Sukan Olimpik di Los Angeles 2028 masih terlalu awal untuk dinilai.

Pasangan itu mencipta sejarah dengan menjuarai Kejohanan Dunia di Paris pada 31 Ogos lalu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Singapore’s Asean Football Success Built on Sasikumar’s Shoulder

In the 1998 ASEAN Championship final against Vietnam, Sasikumar scored the only goal of the match in the 71st minute. A cross from Kadir Yahaya saw Sasikumar challenge goalkeeper Trần Tiến Anh, and the ball ricocheted off his shoulder into the net, giving Singapore their first-ever ASEAN title.Despite battling a knee injury, Sasikumar was determined to play, and his strong bond with coach Barry Whitbread's squad played a key role in their success. Singapore topped their group and defeated Indonesia in the semifinals before facing hosts Vietnam in a packed Hàng Đẫy Stadium for the final.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories