the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Awalan kekal presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia hingga 2027

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Datuk Awalan Abdul Aziz terajui PLBM untuk penggal ketiga 2025-2027 selepas menang tanpa bertanding dalam mesyuarat agung persekutuan.

KUALA LUMPUR: Datuk Awalan Abdul Aziz akan terus menerajui Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) untuk tempoh dua tahun lagi.

Beliau menang tanpa bertanding jawatan presiden bagi penggal 2025-2027 dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-26 persekutuan.

Keputusan itu dicapai di Pusat Boling Padang Kebangsaan Bukit Kiara hari ini.

Ini merupakan penggal ketiga Awalan sebagai presiden PLBM sejak mula memegang jawatan pada 2021.

“Di bawah kepimpinan dinamik Datuk Awalan, sukan boling padang telah berkembang ke tahap yang membanggakan dengan pencapaian cemerlang,” menurut kenyataan PLBM.

Antara pencapaian terbaik Malaysia termasuk muncul juara keseluruhan Piala Dunia 2025.

Pasukan Malaysia meraih satu pingat emas dan tiga gangsa dalam kejohanan tersebut.

Mereka berjaya menewaskan kuasa besar seperti Australia, England, New Zealand, Scotland dan Wales.

Dua jawatan tertinggi lain juga kekal dengan penyandang menang tanpa bertanding.

Tengku Datin Seri Noor Hazah Tengku Abdul Aziz dan Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak kekal sebagai timbalan presiden.

Rustam Affandi Maktar dan Shuib Hashim pula mengekalkan jawatan sebagai naib presiden. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings