the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas 97 tahun rentung dalam kebakaran rumah di Sarikei

Seorang warga emas 97 tahun ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Minah, Sarikei yang musnahkan kediaman dan dua kenderaan

SARIKAI: Seorang lelaki warga emas berusia 97 tahun ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Minah di sini awal pagi tadi.

Teng King Kai ditemui di bawah timbunan sisa kebakaran dalam bilik tidur rumah yang musnah sepenuhnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Arrahman Chik berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.33 tengah malam.

Operasi melibatkan 16 anggota dari BBP Sarikei dan BBP Bintangor berjaya menemui mangsa pada 2.18 pagi.

“Kediaman dihuni enam individu namun hanya lima berada di rumah semasa kejadian, dengan empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Mereka yang selamat ialah pemilik rumah berusia 72 tahun dan isterinya 49 tahun, seorang lelaki 51 tahun dan kanak-kanak perempuan 12 tahun yang mempunyai hubungan kekeluargaan.

Kebakaran turut memusnahkan sebuah stor penyimpanan barang serta kenderaan Perodua Aruz dan Toyota Unser.

Arrahman berkata bomba berdepan cabaran tekanan air rendah dan kurang pencahayaan semasa operasi.

Mereka juga menghadapi risiko kebakaran daripada longgokan peralatan elektrik untuk memadamkan kebakaran.

Operasi kebakaran ditamatkan pada 4.55 pagi selepas api berjaya dikawal sepenuhnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings