Sunday, November 16, 2025
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MIC teliti usul keluar BN, kekal sokong PM Anwar

CWC MIC teliti usul perwakilan keluar BN, kekal beri sokongan padu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim hingga tamat mandat

SHAH ALAM: Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC akan meneliti usul perwakilan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan parti ke-79.

Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran berkata perwakilan juga memberi mandat kepada beliau dan CWC untuk menetapkan hala tuju parti selepas ini.

Bagaimanapun, Vigneswaran menegaskan MIC kekal memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga mandat beliau berakhir.

“Kita masih teguh memberi sokongan kepada beliau (Anwar) bagi tempoh dua tahun akan datang,” katanya pada sidang media selepas menggulung perbahasan perwakilan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).

Vigneswaran berkata beliau telah memberi penjelasan kepada Anwar mengenai kekangan serta situasi yang berlaku dalam MIC dan menegaskan ia bukan disebabkan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata MIC belum memutuskan penyertaan dalam mana-mana gabungan politik, dan keputusan rasmi untuk meninggalkan BN juga belum dimuktamadkan.

“Hari ini kuasa untuk membuat keputusan berkenaan hala tuju MIC dan apa yang sepatutnya diambil oleh MIC diberi kepada pucuk pimpinan,” katanya.

Perwakilan MIC sebulat suara menyokong usul menamatkan penyertaan dalam BN dan menyerahkan kepada kepimpinan parti menentukan masa yang sesuai bagi berbuat demikian.

Vigneswaran berkata beliau telah bertemu Anwar pada Jumaat lepas bagi membincangkan situasi yang dialami MIC dalam BN.

Beliau berkata Perdana Menteri bersikap terbuka serta memahami kedudukan dan dilema yang dialami parti itu.

Tindakan parti ketika ini bukan bermotifkan politik semata-mata, sebaliknya memastikan sebarang perkongsian kuasa dilaksanakan berasaskan maruah dan prinsip.

Vigneswaran menjelaskan tiada pertemuan diadakan dengan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berbincang mengenai kemungkinan keluar daripada gabungan itu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Wu Seals Maiden Asian Tour Title

Thailand’s Ekpharit Wu clinched his maiden Asian Tour title at the US$400,000 Taiwan Glass Taifong Open, beating local favourite Hung Chien-yao by two shots. The 26-year-old fired a five-under 67 at Taifong Golf Club to finish on 20-under, capitalising on Hung’s back-to-back bogeys on the 15th and 16th holes. The victory lifts Wu from 73rd to 28th on the Asian Tour Order of Merit and earns him a spot in next week’s US$5 million PIF Saudi International. Hung, who led for most of the week, settled for second after a late stumble but still made a significant jump on the Merit list from 110th to 57th, keeping alive his streak of 12 consecutive seasons on Tour. Guatemala’s Jose Toledo shot the round of the day with a 65 to tie for third at 12-under alongside Sweden’s Charlie Lindh, while Pakistan’s Ahmad Baig slipped to solo fifth after a closing bogey.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories