Monday, November 17, 2025
32.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fadlun rasmi memulakan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16

Datuk Fadlun Mak Ujud memulakan tugas rasmi sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16, menggantikan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif

KUALA LUMPUR: Datuk Fadlun Mak Ujud hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16.

Beliau menggantikan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

Ketibaan Fadlun di Menara DBKL 1 disambut dengan sesi hormat daripada anggota Kawalan Kehormatan Jabatan Penguatkuasaan.

“Suasana kemeriahan turut diserikan dengan persembahan tarian selamat datang oleh artis budaya DBKL,” menurut kenyataan Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL.

Fadlun melaksanakan punch in pertamanya sebagai tanda rasmi bermulanya amanah memimpin jentera pentadbiran ibu kota.

Beliau kemudian dibawa ke Tingkat 29 Menara DBKL 1 untuk mendengar taklimat mengenai fungsi dan hala tuju agensi itu.

Fadlun sebelum ini berkhidmat sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya.

Pelantikannya berkuat kuasa Sabtu lepas setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia.

Fadlun mempunyai pengalaman lebih 28 tahun dalam perancangan bandar dan pengurusan bandar raya.

DBKL turut merakamkan penghargaan kepada Maimunah atas sumbangan dan kepimpinan cemerlangnya.

Beliau dikenang sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-15 yang meninggalkan legasi kepimpinan berwawasan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories