Monday, November 17, 2025
23.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Thonny Chee tolak isu bahasa Mandarin

Calon PH DUN Api-Api tegaskan fasih Melayu dan Inggeris, bahasa bukan halangan

KOTA KINABALU: Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Api-Api, Thonny Chee, menolak dakwaan beliau sukar berkomunikasi dengan masyarakat Cina kerana tidak fasih berbahasa Mandarin.

Chee menegaskan isu bahasa bukan penghalang untuk berkhidmat kepada komuniti memandangkan penduduk di kawasannya juga fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.

“Saya tahu di DUN Api-Api, masyarakat Cina semua fasih berbahasa Melayu dan Inggeris,” katanya selepas beramah mesra dengan pengundi di sekitar kawasan itu.

Beliau ditemani Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Naib Presiden PKR Chang Lih Kang semasa program kempen tersebut.

Chee menjelaskan beliau memahami percakapan dalam bahasa Mandarin tetapi tidak berani bertutur kerana bimbang disalahertikan.

“Bahasa Mandarin ada intonasi yang berbeza-beza,” katanya sambil merujuk kepada Chang sebagai ‘sifu’ yang membantunya memperbaiki penguasaan bahasa Mandarin.

DUN Api-Api merupakan salah satu kerusi dalam Parlimen Kota Kinabalu bersama Likas dan Luyang.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November sebagai hari pengundian dan 25 November untuk mengundi awal.

Calon-calon bertanding di DUN Api-Api ialah Ng Chun Sua (PIS), Ting Shu Kiong (STAR), Soh Kee Suat @ So Chee Say (PBK), Loi Kok Liang (Warisan) dan Thonny Chee (PH-PKR). – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories