the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Imigresen Selangor bongkar sarang dadah warga asing di pangsapuri

Jabatan Imigresen Selangor serbu pangsapuri di Pelabuhan Klang, temui peralatan hisap syabu dan tahan 95 warga asing atas kesalahan imigresen.

PELABUHAN KLANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor membongkar aktiviti penagihan dadah oleh warga asing dalam serbuan di sebuah pangsapuri semalam.

Serbuan di tingkat sembilan pangsapuri itu menyaksikan seorang warga asing cuba membuang beg kecil dalam keadaan mencurigakan.

Pemeriksaan menemui beberapa peralatan diubah suai dipercayai untuk menghisap dadah jenis syabu bersama pemetik api.

“Rumah itu dihuni oleh tiga warga asing terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang wanita,” kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM Datuk Lokman Effendi Ramli.

Beliau berkata kes akan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Dalam operasi selama tiga jam setengah bermula 8.30 malam, seramai 78 pegawai dan anggota terlibat.

Sebanyak 285 warga asing diperiksa dengan 95 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

Kesalahan termasuk tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen pengenalan sah.

Kesemua 95 tertahan berumur 18 hingga 50 tahun terdiri daripada 70 lelaki dan 25 wanita.

Mereka akan ditempatkan di Depoh Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut.

“Operasi ini hasil aduan orang awam dan risikan telah dibuat,” jelas Lokman.

Beliau menegaskan setiap aduan diterima pasukan JIM dihargai dengan siasatan susulan.

Sebanyak 261 premis diperiksa dalam operasi berskala besar itu.

Lokman mengingatkan pemilik premis kediaman agar tidak melindungi pendatang asing tanpa dokumen.

Mereka yang melindungi boleh berdepan tindakan undang-undang. – Bernama

BACA:

Sultan Pahang tidak mahu Felda dijadikan “sarang” dadah

Kerajaan guna komunikasi digital, aplikasi pintar perangi dadah

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings