the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita maut dilanggar lori ketika tukar tayar pancit

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

SEREMBAN: Seorang wanita maut selepas dilanggar lori kontena ketika sedang menukar tayar pancit di lorong kecemasan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini pagi tadi.

Kejadian berlaku pada 9.20 pagi di Kilometer 260.6 lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahman berkata mangsa berusia 31 tahun itu memandu Proton X50 dan maut di lokasi akibat kecederaan parah.

“Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Gadong ke tempat kerjanya di Senawang sebelum tayar belakang sebelah kanan pancit,” katanya.

Mangsa kemudian berhenti di lorong kecemasan untuk menukar tayar.

“Ketika sedang menukar tayar, sebuah lori kontena dipandu lelaki berusia 24 tahun di lorong kiri bergesel dengan mangsa,” jelas Azahar.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019-4611794.

Mereka juga boleh hadir ke balai polis berhampiran untuk memberikan maklumat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Negeri Sembilan polls: PN unveils 11 candidates

The list comprises five candidates from PAS, four from Parti Wawasan Negara (Wawasan), and one each from Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) and the Malaysian Indian People's Party (MIPP).

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings