the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

COBRA rampasan RM350 juta perangi penyeludupan hingga Oktober

Pasukan COBRA JKDM catat rampasan RM350 juta setakat Oktober, termasuk dadah RM35 juta dan rokok serta minuman keras RM295 juta

IPOH: Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) terus mengukuhkan usaha memerangi penyeludupan dengan mencatatkan rampasan melebihi RM350 juta setakat Oktober lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata rampasan itu merangkumi RM35 juta kes dadah, rokok dan minuman keras bernilai RM295 juta serta pelbagai barangan lain melebihi RM20 juta.

“Pencapaian ini mengukuhkan peranan COBRA sebagai aset taktikal berimpak tinggi dalam memerangi penyeludupan dan mengekang kebocoran hasil negara,” katanya dalam Majlis Pentauliahan dan Pemakaian Beret Tim Nukleus COBRA di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.

Anis Rizana berharap semua anggota COBRA terus mengekalkan disiplin, integriti dan profesionalisme bagi mempertahankan ekonomi serta kedaulatan negara.

Sebanyak 22 anggota JKDM berjaya menamatkan latihan intensif selama 60 hari selepas melepasi saringan ketat melibatkan 175 calon dari seluruh negara.

Latihan tersebut melibatkan ketahanan fizikal dan mental, kemahiran senjata api, turun cenuram serta pelbagai simulasi operasi sebenar.

Beliau merakamkan penghargaan kepada polis khususnya Pusat Latihan PGA, 69 Komando dan Unit Tindakan Khas atas kerjasama erat dalam membentuk pasukan COBRA.

“Sinergi antara JKDM dan polis menjadi lambang kekuatan keselamatan negara melalui kolaborasi strategik antara agensi penguatkuasaan,” katanya.

Majlis dimulakan dengan demonstrasi keupayaan tempur merangkumi kawalan keselamatan peribadi, tembak taktikal dan Tempur Jarak Dekat sebelum upacara pemakaian beret. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings