Sunday, November 23, 2025
30.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Institusi keluarga teras penting bentuk masyarakat beretika – Nancy

Nancy Shukri tekankan institusi keluarga sebagai teras pembentukan masyarakat beretika dan bertanggungjawab melalui program sokongan kerajaan

KUCHING: Institusi keluarga berperanan sebagai teras penting dalam pembentukan masyarakat beretika dan bertanggungjawab, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata kerajaan melalui KPWKM komited memperkukuh institusi keluarga menerusi dasar, program sokongan dan pendidikan keibubapaan yang disesuaikan dengan cabaran semasa.

“Pada masa kini, anak-anak membesar dengan pelbagai cabaran baharu, daripada pengaruh media sosial hinggalah tekanan emosi yang tidak terlihat oleh mata,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Kem Kasih Keluarga 2.0 sempena Bulan Keluarga Kebangsaan di sini hari ini.

Nancy menekankan pengukuhan institusi keluarga perlu dilaksanakan secara holistik merangkumi aspek ilmu keibubapaan, komunikasi berkesan, disiplin positif serta sokongan komuniti.

Selari dengan Agenda Nasional KASIH Keluarga Negara dalam RMK13, peranan lelaki dalam pembangunan sosioekonomi negara akan diperkukuh melalui Program Lelaki Budiman yang diperuntukkan RM4 juta.

Modul Kebapaan sebagai Peneraju Kepimpinan Bapa telah dilancarkan pada 9 November lepas menekankan peranan bapa sebagai pelindung, pembimbing dan pemimpin keluarga.

“Modul ini membantu mereka mengimbangi tuntutan kerja dan rumah tangga, mengurus tekanan dengan bijak serta berkomunikasi secara penyayang,” ujarnya.

Kerajaan turut menyediakan potongan cukai 100% kepada majikan yang menganjurkan aktiviti berteraskan kekeluargaan bagi menggalakkan persekitaran kerja yang harmoni.

Antara aktiviti yang layak termasuk hari keluarga, sukan syarikat, jamuan tahunan pekerja serta program bina pasukan yang menyokong kesejahteraan keluarga.

Beberapa syarat asas perlu dipatuhi termasuk aktiviti dianjurkan oleh majikan sendiri serta memberi manfaat kepada semua pekerja dengan perbeljaan yang disahkan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories