Monday, November 24, 2025
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

735 juta e-Invois dikeluarkan oleh 108,000 pembayar cukai

Seramai 108,000 pembayar cukai telah mengeluarkan 735 juta e-Invois setakat 21 November 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan.

KUALA LUMPUR: Seramai 108,000 pembayar cukai telah mengeluarkan 735 juta e-Invois setakat 21 November 2025.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata daripada jumlah itu, sebanyak 64,317 pembayar cukai melaksanakan e-Invois secara mandatori.

Mereka merangkumi 5,528 pembayar cukai bagi fasa pertama, 13,964 bagi fasa kedua dan 44,825 dalam fasa ketiga.

Seramai 44,000 pembayar cukai dari fasa keempat dan kelima pula telah melaksanakan e-Invois secara sukarela.

“Ini menunjukan keberkesanan e-Invois dengan tahap penerimaan dan pematuhan pembayar cukai terhadap e-Invois adalah amat baik,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan mengenai pelaksanaan sistem e-Invois setakat ini serta keberkesanannya dalam meningkatkan pematuhan cukai.

Bagi membantu perniagaan terutama PMKS, kerajaan memperkenalkan fasa pelaksanaan e-Invois secara berperingkat.

Fasa keempat bermula 1 Januari 2026 melibatkan peniagaan dengan jualan tahunan melebihi RM1 juta sehingga RM5 juta.

Fasa kelima mulai 1 Julai 2026 merangkumi perniagaan dengan jualan tahunan melebihi RM500,000 hingga RM1 juta.

Peniaga kecil dengan jualan tahunan di bawah RM500,000 dikecualikan daripada pelaksanaan e-Invois.

Mereka tidak perlu menanggung kos tambahan bagi mendapatkan kemahiran teknikal.

Kerajaan turut menyediakan portal MyInvois yang disediakan oleh LHDN untuk terus membantu PMKS.

Portal MyInvois boleh diakses dan digunakan secara percuma bagi tujuan proses penghantaran e-Invois.

Aplikasi MyInvois juga telah dibangunkan sebagai platform mudah alih bagi memudahkan pelaksanaan e-Invois menggunakan telefon pintar.

Sistem MyInvois e-Pos pula sebagai platform digital titik jualan yang membolehkan penjual mengeluarkan e-Invois secara langsung.

Pembeli juga boleh meminta e-Invois daripada penjual selepas transaksi selesai. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

OTOP Market Organization (Or Tor Kor) Elevates Thai Agricultural Products with “Thailand’s Oriental Agricultures and Authentic Thai Cuisine” Showcasing Premium Tropical Produce on the...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 21 November 2025 - The Marketing Organization for Farmers (Or Tor Kor), under the Ministry of Agriculture and Cooperatives, in collaboration with Asia Era One Co., Ltd., is set to launch a major promotional event spotlighting Thailand's high-value tropical agricultural products. The event, titled "Thailand's Oriental Agricultures and Authentic Thai Cuisine—Premium Tropical Produce and Thai Gastronomy to the World," will take place from 24–26 November 2025 at Airport Rail Link Suvarnabhumi station, as part of the High-Value Tropical Agriculture Promotion Project—a strategic initiative aimed at strengthening Thailand's positioning in the global market.

Keeping the government on track and principled

Walking a tightrope between loyalty and accountability, Malaysia’s backbench MPs must support the government while ensuring policies meet the rakyat’s real-life challenges, says chairman of the Government Backbenchers Club (BBC), in an exclusive interview with theSun
spot_img

Popular Categories