Monday, November 24, 2025
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Calon SPM di PPS guna telefon untuk ulang kaji hadapi banjir

Calon SPM di pusat pemindahan banjir Kelantan bergantung pada telefon untuk ulang kaji selepas nota musnah, kekal semangat hadapi peperiksaan

KOTA BHARU: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula esok di seluruh negara, namun calon mangsa banjir di Kelantan hanya memiliki kecekalan dan semangat sebagai bekalan mengulang kaji.

Kebanyakan nota dan buku rujukan mereka tidak sempat diselamatkan akibat paras air banjir yang naik mendadak.

Di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Tapang, beberapa calon SPM duduk bersila berdekatan suis elektrik untuk mengecas telefon bimbit.

Telefon menjadi satu-satunya peralatan tinggal untuk mengulang kaji soalan ramalan.

Nik Mohd Idham Nik Abdul Rahim, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Panji berkata banjir ini memusnahkan buku nota dan rutin peperiksaan yang sepatutnya teratur.

“Saya keluar dari rumah sehelai sepinggang. Baju ada bawa, tetapi semua nota habis ditinggalkan, tidak sempat nak fikir apa-apa, saya hanya bergantung pada telefon yang sempat dicapai sebelum keluar menyelamatkan diri,” katanya.

Beliau berkata rasa berdebar kerana peperiksaan bermula esok sambil mencari penjuru tidak bising untuk ulang kaji.

“Fikiran saya bercelaru kerana laluan untuk ke sekolah pun sekarang dah tenggelam,” katanya kepada pemberita di PPS itu hari ini.

Mohd Faris Aiman Mohd Azri, 17, dari SMK Tanjong Mas mengakui persediaannya kini bergantung pada nota dihantar guru melalui WhatsApp.

“Buku langsung tidak sempat ambil. Air masuk ke dalam rumah terlalu cepat. Ulang kaji guna telefon pun rasa lain, tetapi dapatlah kurangkan rasa cemas,” katanya.

Wan Muhammad Radhi Wandee, 17, dari SMK Kota Bharu ditempatkan di PPS SK Islah tidak berhenti membuat persediaan meskipun keadaan bising dan kurang selesa.

Beliau dan keluarga terpaksa berpindah ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air pada petang Sabtu.

“Walaupun diuji, keadaan ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus mengulang kaji pelajaran dan menjawab kertas pertama Bahasa Melayu esok,” katanya.

Ibunya, Siti Rahmah Abdul Manaf, 38, sentiasa memberikan semangat dan sokongan untuk kekal fokus.

Kementerian Pendidikan semalam memberi tumpuan penuh pada persiapan menghadapi banjir susulan cuaca tidak menentu.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata keutamaan memastikan calon SPM dapat menduduki peperiksaan tanpa halangan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Oasis Home Holding secures exclusive online rights for FIFA World Cup 2026 merchandise

Through a new agreement with Esteem International, Oasis Home Holding Bhd will exclusively distribute authentic FIFA World Cup 2026 merchandise online in Malaysia. The company plans to leverage livestreaming, creator partnerships and its strong TikTok Shop presence to deliver wider access and a more engaging shopping experience for local football fans.

Most Viewed

ONYX Hospitality Group Launches ‘Beyond the Festivities’ Campaign for the 2025 Holiday Season

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 21 November 2025 -ONYX Hospitality Group, one of the leading regional players in Southeast Asia, is delighted to announce the launch of its 2025 holiday season campaign, "Beyond the Festivities."

Taoyuan International Airport selects Nokia for a more resilient, safer and smarter passenger experience

Nokia today announced that Taoyuan International Airport Corporation (TIAC) will upgrade its communications infrastructure with Nokia's IP/MPLS solution to replace and expand the airport's current system in Terminals 1 and 2 to ensure security and reliability of the services. The improved network, delivered in partnership with HwaCom Systems, will allow TIAC to future-proof its infrastructure while advancing towards its goal of becoming a major regional hub.
spot_img

Popular Categories