the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita buat laporan palsu dakwa dirogol

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Polis ambil keterangan wanita 25 tahun buat laporan palsu dakwa dirogol pemandu e-panggilan di Kangkar Pulai selepas dimarahi keluarga

JOHOR BAHRU: Polis mengambil keterangan seorang wanita tempatan yang didapati membuat laporan palsu mendakwa dirogol pemandu e-panggilan di Kangkar Pulai.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata wanita berusia 25 tahun itu membuat laporan pada 10.27 pagi semalam.

Dia mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan hubungan seks luar tabii dalam kereta pemandu e-panggilan di Jalan Pulai Perdana pada 8.30 malam kelmarin.

“Siasatan mendapati pengadu telah membuat laporan palsu kerana dimarahi keluarga apabila pulang lewat ke rumah,” katanya.

Kumarasan mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat laporan palsu bagi membolehkan polis membantu mangsa jenayah sebenar.

Perbuatan membuat laporan palsu adalah kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu boleh dihukum penjara enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings