the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC kekal pengawal selia tunggal Akta Keselamatan Dalam Talian

Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 perkukuh mandat MCMC sebagai pengawal selia tunggal, dengan jawatankuasa baharu berperanan sebagai penasihat strategik.

KUALA LUMPUR: Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian tidak akan menjejaskan peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai pengawal selia utama dan tunggal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan mandat MCMC sebaliknya diperkukuh melalui akta tersebut.

Beliau berkata MCMC akan terus memimpin siasatan, penguatkuasaan dan tindakan terhadap platform yang gagal melindungi pengguna.

“Kuasa MCMC tidak terjejas, manakala jawatankuasa hanya menyediakan analisis strategik, data teknikal dan pandangan pakar untuk menyokong keputusan pengawalseliaan,” katanya dalam kenyataan.

Azalina berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Pro Tem Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia.

Jawatankuasa Pro Tem berperanan sebagai platform penyelaras dan penasihat strategik bagi mengenal pasti risiko serta trend bahaya dalam talian.

Ia juga bertugas menyediakan input teknikal dan syor dasar untuk menyokong keputusan pengawalseliaan.

Jawatankuasa itu akan menjalankan kajian teknikal dan analisis pakar serta menyelaras konsultasi pelbagai pihak.

Antara pihak terlibat termasuk industri, akademia, pakar teknologi dan organisasi masyarakat sivil.

Azalina memaklumkan jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim selepas akta dikuatkuasakan.

Mesyuarat hari ini turut menumpukan kepada ancaman teknologi kecerdasan buatan termasuk fenomena deepfake.

Perbincangan juga melibatkan draf Terma Rujukan jawatankuasa serta sesi libat urus bersama kementerian, agensi dan wakil masyarakat sivil.

Kerajaan MADANI kekal komited mewujudkan ekosistem digital yang selamat, beretika dan seimbang.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri akan terus memperkukuh kerangka perundangan negara agar seiring perkembangan teknologi global.

Related

spot_img

Latest

Trend Micro to Introduce Most Comprehensive Offering for Enterprise AI Risk Management

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 25 November 2025 - Trend Micro Incorporated (TYO: 4704; TSE: 4704), a global cybersecurity leader, is set to launch Trend Vision One™ AI Security Package—the first solution package delivering proactive, centralized exposure management with unparalleled analytics for AI-driven environments—at AWS re:Invent in December.

Amazon Web Services Announces PayMe by HSBC’s Migration to AWS, Accelerating Digital Payment Innovation in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 25 November 2025 - Amazon Web Services (AWS), an Amazon.com company (NASDAQ: AMZN), today announced that PayMe by HSBC, Hong Kong's homegrown mobile wallet, has successfully migrated its entire platform to AWS.

Scaling Sustainability Across APMEA: Inside Sodexo’s Culinary Innovation Engine

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 November 2025 - Sustainability becomes an increasingly important driver in the global food service industry. Launched in 2022, Cook for Change is Sodexo, a global leader in sustainability and food's flagship global initiative to empower culinary professionals to create innovative, low-carbon, plant-based recipes that unite culinary excellence and environmental responsibility.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories