the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, November 26, 2025
27.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKR gerakkan ‘Launching Nose’ RM21 juta untuk jambatan sementara banjir

JKR gerakkan ‘Launching Nose’ RM21 juta untuk bina jambatan sementara di 107 lokasi terjejas banjir, termasuk jambatan runtuh di Kelantan.

KUALA LANGAT: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mula menggerakkan penggunaan ‘Launching Nose’ bagi pembinaan jambatan sementara di negeri-negeri yang infrastrukturnya mengalami kerosakan akibat banjir.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya telah mengenal pasti 107 lokasi terjejas setakat pagi tadi.

Antara kerosakan yang dikenal pasti ialah satu kejadian jambatan runtuh di Kelantan, banjir kilat di 49 lokasi, banjir di 35 lokasi, cerun runtuh di 12 lokasi, serta lima lokasi masing-masing melibatkan jalan runtuh dan mendap.

Sebanyak 50 jalan persekutuan dan 57 jalan negeri turut terjejas akibat bencana alam yang melanda tujuh negeri.

Negeri-negeri terjejas termasuk Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, dan Selangor.

“Kesiapsiagaan kita sudah lama bermula,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan lintasan pejalan kaki searas berlampu isyarat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Gadong.

Beliau baru-baru ini melancarkan aset terbaharu ‘Launching Nose’ dengan perbelanjaan sebanyak RM21 juta untuk pembinaan jambatan Bailey jika diperlukan.

“Penggunaan ‘Launching Nose’ ini akan memudahkan pemasangan infrastruktur berkenaan, dan kita telah menyalurkannya kepada negeri-negeri,” katanya.

Ditanya mengenai jumlah kerugian akibat kerosakan infrastruktur banjir, Nanta berkata ia hanya dapat diketahui selepas keadaan reda dan laporan lengkap disediakan.

Mengenai majlis hari ini, beliau berkata projek lintasan pejalan kaki di hadapan SJKT Ladang Gadong itu diharap dapat meningkatkan keselamatan murid dan komuniti setempat.

Projek itu merupakan kerjasama antara KKR dan World Health Organization di bawah program Bloomberg Philanthropies Initiative for Global Road Safety dengan kos sebanyak RM700,000.

Kerjasama itu turut melibatkan perkongsian data kemalangan melalui sistem Road Accident Management System serta pelaksanaan kempen kesedaran awam.

Dalam pada itu, Nanta berkata usaha meningkat taraf infrastruktur keselamatan jalan raya di bawah Program MyJalan kini giat dijalankan.

Inisiatif itu merangkumi pelbagai usaha untuk menambah baik keselamatan di lokasi kerap berlaku kemalangan.

Bagi tahun 2025, sebanyak RM80 juta telah diperuntukkan dan digunakan sepenuhnya untuk keselamatan serta keselesaan pemandu jalan raya.

Peruntukan itu merangkumi rawatan di 90 kawasan kemalangan, pemasangan 257 lampu jalan baharu di kawasan berisiko, serta pemasangan 16 lampu isyarat di persimpangan berisiko kemalangan.

Usaha turut merangkumi pembinaan empat jejantas pejalan kaki dan 35 lintasan pejalan kaki searas berlampu isyarat.

Jumlah lintasan pejalan kaki searas berlampu isyarat yang dibina sejak 2018 sehingga kini ialah sebanyak 153 di seluruh negara. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Kryston Catering Unveils Santa’s Gourmet Atelier: Premium Christmas Catering for Effortless Holiday Hosting

Kryston Catering introduces Santa’s Gourmet Atelier, a premium festive catering collection featuring curated bundles, buffets, and mini feasts to help hosts enjoy stress-free Christmas celebrations from intimate dinners to large events.

Most Viewed

Kryston Catering Unveils Santa’s Gourmet Atelier: Premium Christmas Catering for Effortless Holiday Hosting

Kryston Catering introduces Santa’s Gourmet Atelier, a premium festive catering collection featuring curated bundles, buffets, and mini feasts to help hosts enjoy stress-free Christmas celebrations from intimate dinners to large events.
spot_img

Popular Categories