the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan 10 individu dalam operasi samseng jalanan di lebuh raya

Polis Selangor tahan 10 individu, termasuk tiga wanita, dalam operasi khas samseng jalanan di Lebuhraya GCE, dengan lima suspek positif dadah

SHAH ALAM: Polis menahan 10 individu dalam Operasi Khas Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata tangkapan itu membabitkan tujuh lelaki dan tiga wanita berusia 17 hingga 26 tahun.

Mereka terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut kolej serta pekerja swasta.

Operasi bermula dari 12.30 tengah malam hingga 4 pagi di kawasan antara lampu isyarat Denai Alam dan jejantas Persiaran Elmina.

“Melalui risikan dan pemerhatian di lokasi, polis berjaya mengesan sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi ekstrem di lebuh raya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata perbuatan mereka bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Operasi yang melibatkan tiga pegawai kanan dan 77 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor itu turut menyita 10 buah motosikal.

Motosikal itu disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Operasi turut mendapat kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan menahan lima lelaki tempatan yang positif dadah.

Mereka didapati positif methamphetamine, ganja dan ketum melalui ujian saringan air kencing di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

Kesemua suspek kemudian dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Mohd Zaini berkata kejayaan operasi itu mencerminkan komitmen berterusan pihaknya dalam memastikan keselamatan jalan raya.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dan mempergiatkan operasi penguatkuasaan demi keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai khususnya ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka.

Tujuannya adalah agar mereka tidak terjebak dalam aktiviti samseng jalanan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology secures transformational US$2.5 billion five-year AI GPUaaS compute contract

Gorilla Technology Group (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla"), a global provider of AI-driven infrastructure, security intelligence and data solutions, today announced that it has signed a five-year AI compute infrastructure contract with a high investment-grade global technology customer for deployment at the NeutraDC Batam data centre in Indonesia.

Founders Metals Hits 53.1 m of 1.21 g/t Au from Surface in New Zone...

(TSXV: FDR) (OTCQX: FDMIF) (FSE: 9DL0) ("Founders" or the "Company") announces drill results from the Upper Antino target area at the Antino Gold Project ("Antino" or the "Project") in southeastern Suriname.

Vondrousova insists she never doped after four-year ban

Former Wimbledon champion Marketa Vondrousova maintains she has never used performance-enhancing drugs after receiving a four-year ban for failing to comply with an anti-doping test.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings