the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Ribut tropika landa utara Semenanjung, hujan lebat dan angin kencang dijangka

Ribut tropika berhampiran utara Semenanjung bawa hujan lebat berterusan, angin kencang sehingga 83 km/j dan laut bergelora, kata MetMalaysia.

KUALA LUMPUR: Ribut tropika berhampiran kawasan utara Semenanjung dijangka membawa hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesan ribut itu pada latitud 4.5 utara dan longitud 97.9 timur ketika cerapan jam 11 pagi.

Ia terletak kira-kira 309 kilometer tenggara Bandar Acheh, Indonesia dan 284 kilometer barat daya George Town, Pulau Pinang.

MetMalaysia memaklumkan ribut tersebut dijangka bergerak ke arah barat-barat daya dengan kelajuan sembilan kilometer sejam.

Ribut ini berpotensi mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 83 kilometer sejam.

Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat Monsun Timur Laut.

Mereka juga diminta sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca daripada MetMalaysia.

Maklumat terkini boleh diperoleh melalui laman web rasmi www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Get Ready for the Year of The Horse with Shopee’s CNY Master Shows and Unbeatable CNY Deals

This festive season, Shopee is making Chinese New Year shopping more exciting with its 12-hour CNY Livestream Marathon from 12PM to 12AM, every day from now till 18 February — bringing together entertainment, inspiration, and unbeatable value in one place.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories