the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, November 27, 2025
28.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Parlimen bincang bantuan banjir Thailand, kesiapsiagaan musim tengkujuh

Dewan Rakyat bincang bantuan rakyat Malaysia terkandas banjir Thailand, status banjir tempatan, kecurian elektrik dan skim mySalam hari ini

KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan membantu rakyat Malaysia yang terkandas di selatan Thailand akibat banjir menjadi antara fokus mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Perkara itu dibangkitkan Wong Shu Qi (PH-Kluang) kepada Menteri Luar mengenai bantuan segera dan langkah pencegahan situasi serupa.

Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) pula meminta Perdana Menteri maklumkan status terkini banjir di setiap negeri serta kesiapsiagaan menghadapi musim tengkujuh.

Lim Lip Eng (PH-Kepong) menyoal Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengenai langkah TNB mengekang pembukaan akaun tanpa pengetahuan pemilik.

Beliau turut meminta jaminan pemilik tidak dipertanggungjawabkan atas bil atau hutang terhasil daripada kecurian elektrik.

Mordi Bimol (PH-Mas Gading) bertanya kepada Menteri Kewangan mengenai cadangan menambah atau memperbaharui dana skim mySalam.

Dana sumbangan RM2 billion yang diterima pada 2019 dilaporkan semakin menyusut.

Beliau juga ingin tahu pelan jangka panjang menjamin kesinambungan perlindungan kesihatan golongan B40.

Soalan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) kepada Menteri Komunikasi turut menarik perhatian.

Beliau meminta penjelasan nilai tambah Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) berbanding aset komunikasi sedia ada.

Beliau juga bertanya sejauh mana PRIME telah diuji dalam simulasi kecemasan berskala besar.

Usai sesi soal jawab, mesyuarat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Tinggi. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories