the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seorang kru maut, 18 selamat dalam insiden vesel hampir karam di Yan

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Seorang kru maut manakala 18 lagi diselamatkan apabila vesel mereka hampir karam di perairan timur laut Pulau Perak, Yan semalam

ALOR SETAR: Seorang kru lelaki warga tempatan berusia 70 tahun maut dalam insiden vesel hampir karam di perairan Yan.

Manakala 18 lagi kru berjaya diselamatkan selepas vesel mereka mengalami insiden berhampiran timur laut Pulau Perak semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa mengesahkan semua kru termasuk seorang wanita berjaya dikesan oleh KD Ledang TLDM.

Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan selepas menerima laporan pada pagi semalam.

KD Ledang kemudian tiba di Jeti Markas Wilayah Laut 3 TLDM kira-kira 6 pagi dengan semua mangsa.

Mangsa yang berumur 15 hingga 53 tahun kemudian menjalani pemeriksaan kesihatan oleh petugas KKM.

“Selesai pemeriksaan, 18 mangsa yang selamat diserahkan kepada APMM dan Jabatan Laut Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” kata Romli.

Mangsa yang meninggal dunia pula diserahkan kepada PDRM untuk proses seterusnya.

Romli berkata kru kapal terdiri daripada tiga warga Myanmar, seorang rakyat Bangladesh dan selebihnya warga tempatan.

OPS CARILAMAT kini ditamatkan sepenuhnya setelah kesemua mangsa berjaya ditemukan.

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat atas kerjasama dan dedikasi sepanjang operasi.

Romli menegaskan komitmen untuk terus meningkatkan kesiapsiagaan serta koordinasi keselamatan di perairan negara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Anwar vows to fast-track UM student housing project, warns contractors

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has pledged to personally oversee Universiti Malaya’s (UM) student housing project, rejecting its proposed 2030 completion timeline and warning that underperforming contractors would be replaced.

Most Viewed

spot_img