the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
28.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia hargai bantuan Thailand pindahkan rakyat terkandas banjir

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

PM Anwar ucap terima kasih kepada Thailand bantu pindahkan lebih 700 rakyat Malaysia terkandas banjir di wilayah selatan negara jiran

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada rakan sejawatannya dari Thailand Anutin Charnvirakul dan kerajaan negara itu atas bantuan membantu rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir.

Dalam hantaran Facebook rasminya, Anwar berkata tindakan itu mencerminkan kekuatan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

“Malaysia dan Thailand akan terus bekerjasama rapat demi keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Beliau menegaskan kerajaan MADANI sedang berusaha sedaya upaya memastikan setiap rakyat Malaysia yang masih terkandas dapat pulang dengan selamat.

Menurut laporan Konsulat Jeneral Malaysia di Thailand, lebih 700 rakyat Malaysia berjaya dipindahkan dari Hat Yai ke Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Pemindahan itu termasuk mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara susulan banjir besar yang melanda selatan Thailand.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata operasi pemindahan dapat dijalankan selepas paras air menurun berikutan hujan lebat reda.

Keadaan itu membolehkan pasukan Malaysia dan Thailand mengakses lebih banyak lokasi yang sebelum ini terputus hubungan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BRICS Competition Authorities Establish Task Force to Study Global Grain Trade

GENEVA, SWITZERLAND - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - Competition authorities from BRICS countries have established a task force to conduct a joint sector inquiry into the global grain trade, marking a new step in cooperation on competition policy across international agricultural markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings