the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, November 27, 2025
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sistem eStrata dilancarkan, perkukuh pengurusan perumahan strata

Sistem eStrata platform bersepadu lancar, gantikan eCOB untuk urus data perumahan strata lebih efisien dengan integrasi AI mulai tahun depan

CYBERJAYA: Sistem eStrata iaitu platform bersepadu untuk mengurus, memantau dan menyimpan data perumahan strata dilancarkan hari ini.

Platform ini akan mula digunakan sepenuhnya pada tahun depan menggantikan sistem eCOB yang sebelum ini dikemas kini secara manual.

Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata eStrata mewujudkan platform pengurusan strata nasional yang lebih menyeluruh dan efisien.

“Sistem eStrata bukan sekadar sistem digital tetapi ia adalah revolusi dalam pengurusan strata,” katanya ketika merasmikan majlis Citra Strata 2025 dan pelancaran eStrata.

Platform bersepadu ini menyimpan data lengkap termasuk pemilikan petak, laporan kewangan, minit mesyuarat, undang-undang kecil dan insurans bangunan.

Sistem ini turut diintegrasikan dengan Sistem Pengurusan Bersepadu Perumahan (HIMS) untuk rekod pemaju dan pemilik yang lebih tepat.

eStrata juga diperkasakan melalui penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang diintegrasikan dengan OpenAI.

Melalui sistem ini, Pesuruhjaya Bangunan dan badan pengurusan boleh mendapatkan panduan pengurusan secara langsung berdasarkan pengetahuan KPKT.

Aiman Athirah berkata sistem eStrata akan digunakan oleh 157 Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negara termasuk pemaju.

“Insya-Allah, kita yakin dan percaya isu-isu yang terkait dengan urusan strata ini akan dapat diuruskan dengan lebih baik dan berkesan,” katanya.

Sistem digital ini membolehkan pemantauan lebih cekap dan komprehensif terhadap pemaju dan badan-badan pengurusan.

Fungsi utama eStrata adalah memudah cara tugas pentadbiran serta meningkatkan keupayaan pemantauan COB di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sistem ini selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757]. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories