the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, November 27, 2025
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jurutera rugi RM341,331 diperdaya skim pelaburan palsu

Jurutera lelaki kerugian RM341,331 selepas terpedaya skim pelaburan tidak wujud yang janji pulangan 500% sebulan di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Seorang jurutera lelaki mengalami kerugian RM341,331.19 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan sehingga 500% sebulan.

Mangsa berusia 33 tahun itu melakukan 11 transaksi pembayaran ke tiga akaun bank berbeza dari 21 Oktober hingga 19 November menggunakan wang simpanan peribadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata mangsa tidak pernah menerima sebarang pulangan pelaburan sepanjang tempoh tersebut.

“Mangsa sedar ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan untuk menuntut keuntungan berjumlah RM617,206.95,” katanya.

Mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam semalam.

Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan penipuan.

Polis menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan luar biasa dalam tempoh singkat.

Masyarakat juga dinasihat membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum melabur dan tidak memberikan maklumat peribadi atau perbankan kepada pihak tidak dikenali. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Powerwell posts record first-half earnings as revenue jumps 35% in Q2 FY26

Powerwell Holdings Bhd delivered a strong Q2 FY26 performance with revenue rising 35.1% to RM39.2 million, supported by higher deliveries and contributions from its fire suppression units. Net profit climbed to RM5.2 million, driving the group’s best-ever first-half results with RM75.1 million in revenue and RM9.4 million in earnings. Backed by a healthy RM105 million order book and growing demand from data centre and infrastructure projects, Powerwell remains optimistic about its prospects for FY26.
spot_img

Popular Categories