the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Shamsul Iskandar letak jawatan bukti integriti Kerajaan MADANI – PM

PM Anwar puji peletakan jawatan Shamsul Iskandar sebagai bukti integriti kerajaan, tegaskan tiada perkara serupa berlaku dalam pentadbiran lepas

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan setiausaha politik kanannya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin meletakkan jawatan sebagai bukti Kerajaan MADANI mengamalkan integriti tinggi.

Beliau berkata tindakan Shamsul Iskandar meletakkan jawatan berikutan dakwaan rasuah merupakan perkara yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana pentadbiran sebelum ini.

“Beliau terus meletak jawatan dan meminta siasatan dijalankan oleh SPRM,” katanya ketika sesi townhall program PMX Sayang Sabah Bersama Anak Muda Inanam.

Anwar menegaskan pendekatan sedemikian menunjukkan komitmen sebenar terhadap integriti berbanding situasi sebelumnya.

“Manakah ada dulu macam itu? Ini ada tuduhan terus berhenti dan panggil SPRM siasat,” tambahnya.

Perdana Menteri berkata beliau sentiasa menitipkan pesanan kepada semua petugasnya untuk bertanggungjawab sekiranya terlibat dalam sebarang salah laku.

“Saya pesan kepada staf saya, jika didapati bersalah, kamu perlu menanggung padahnya, siasatan menyeluruh, bawa ke mahkamah,” ujarnya.

Anwar menegaskan asas kejayaan Malaysia bermula dengan tatakelola pemerintahan yang baik.

Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya pada Selasa berikutan percubaan menyerang beliau dengan perkara yang boleh merosakkan imej Kerajaan MADANI. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings