the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes pergaduhan Petaling Jaya: Bukan isu perkauman – Polis

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Ketua Polis Selangor sahkan pergaduhan di kawasan perumahan Petaling Jaya tidak melibatkan unsur perkauman. Lima suspek dibebaskan dengan jaminan.

SHAH ALAM: Kejadian pergaduhan membabitkan lima individu, dengan sebahagian daripada mereka dipercayai bersenjata, di sebuah kawasan perumahan di Petaling Jaya pada Jumaat lepas, tidak melibatkan unsur perkauman, kata Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar.

Beliau berkata siasatan mendapati kejadian berpunca daripada ketidakpuasan hati terhadap badan pengurusan bersama (JMB) yang memotong bekalan elektrik ke sebuah premis perniagaan yang beroperasi secara tidak sah.

“Suspek telah berjumpa untuk meminta disambungkan elektrik tetapi tidak dibenarkan oleh pihak JMB kerana ia menyalahi peraturan. Ekoran itu, suspek memanggil beberapa rakannya untuk membuat konfrontasi dengan pihak JMB dan penduduk tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Shazeli berkata lima suspek terlibat yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk mengelak daripada terlibat dengan aktiviti atau tindakan yang boleh menimbulkan ketidaktenteraman awam khususnya membabitkan isu-isu sensitif.

“Tidak ada isu perkauman, cuma tidak puas hati tentang beberapa perkara.

“Sekiranya masyarakat ataupun orang awam mendapat maklumat berkaitan kejadian ini atau berkait isu-isu perkauman supaya melaporkan kepada polis untuk dicegah dan dibendung,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan beberapa individu, antaranya memegang parang bertengkar dengan penduduk di sebuah kawasan perumahan dipercayai di Petaling Jaya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sandakan residents urge action over illegal vehicle activities, noise

Residents in Sandakan are calling for sustained enforcement against illegal vehicle activities, excessive noise and reckless driving along Jalan Bandar Utama 1, warning that repeated disturbances and dangerous behaviour could lead to a serious accident.

Most Viewed

spot_img