the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DAP tewas semua lapan kerusi ditandingi pada PRN Sabah ke-17

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

DAP Sabah gagal menang walau satu kerusi daripada lapan ditandingi pada PRN ke-17, kata Setiausaha Agung parti Anthony Loke

KUALA LUMPUR: DAP Sabah tewas di semua lapan kerusi yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata parti itu menerima dan menghormati keputusan yang dibuat para pengundi.

“DAP juga mengucapkan tahniah kepada parti dan calon yang telah diberi mandat oleh pengundi di kawasan-kawasan tersebut,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pucuk pimpinan parti akan mengambil iktibar daripada keputusan ini.

Mereka akan menilai semula segala kelemahan parti serta berusaha memenangi semula sokongan rakyat pada pilihan raya akan datang.

Lapan kerusi yang ditandingi DAP Sabah termasuk enam DUN yang pernah disandang parti itu.

Kawasan tersebut ialah Luyang, Kapayan, Likas, Tanjong Papat, Elopura dan Sri Tanjong.

Dua kerusi baharu yang ditandingi ialah Tanjung Aru dan Kemabong.

Loke berkata DAP Sabah masih mempunyai dua wakil di peringkat Parlimen.

Mereka akan melipatgandakan usaha serta gerak kerja di kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan.

“Sebagai Setiausaha Agung parti, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap segala kelemahan dan kegagalan DAP memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Sabah yang ke-17 ini,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings