the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 16, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Armizan zahir penghargaan kepada rakyat Papar beri mandat GRS

GRS menang tiga kerusi DUN dalam Parlimen Papar pada PRN Sabah ke-17, kata Timbalan Setiausaha Agung parti itu Datuk Armizan Mohd Ali

KUALA LUMPUR: Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali menzahirkan penghargaan kepada pengundi kerana memberi mandat kepada parti itu di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Ahli Parlimen Papar itu berkata ketiga-tiga DUN tersebut ialah Limbahau, Kawang dan Pantai Manis.

“Jutaan terima kasih rakyat Papar (GRS 3-0). Insya-Allah, akan kami tunaikan mandat ini sebaiknya,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

DUN Limbahau menyaksikan pertandingan sembilan penjuru ditandingi calon GRS Datuk Juil Nuati.

DUN Kawang yang diwakili Datuk Seri Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar pula melibatkan persaingan lima penjuru.

DUN Pantai Manis menyaksikan pertembungan tujuh penjuru termasuk calon GRS Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir.

PRN Sabah ke-17 menyaksikan seramai 596 calon berentap bagi merebut 73 kerusi DUN yang dipertandingkan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology to host live investor webinar and Q&A on January 28

Gorilla Technology will host a live investor webinar on January 28, where its leadership team will discuss recent milestones, strategy and growth outlook, followed by a Q&A session with investors.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories