the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Laluan utama Istana Seri Kinabalu dikawal ketat selepas PRN

Polis kawal ketat laluan utama Istana Seri Kinabalu, hanya kenderaan dalam senarai dibenarkan masuk selepas tamat pilihan raya negeri Sabah

KOTA KINABALU: Laluan utama pintu masuk ke Istana Seri Kinabalu dikawal rapi oleh anggota polis malam ini.

Setiap kenderaan yang melalui pintu utama tersebut diperiksa secara teliti.

Hanya kenderaan yang berada dalam senarai dibenarkan melepasi sekatan keselamatan.

Petugas media mula berkumpul di luar istana seawal 6 petang untuk membuat liputan perkembangan terkini.

Kehadiran media berikutan tamatnya Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada 5.30 petang tadi.

Cuaca malam ini dilaporkan hujan renyai di sekitar kawasan istana.

Sementara itu, calon-calon yang bertanding mula berkumpul di markas setiap parti.

Barisan Nasional berkumpul di Bangunan UMNO Sabah manakala Gabungan Rakyat Sabah di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.

Pakatan Harapan pula berkumpul di Hotel Pacific Sutera dengan kehadiran pemimpin-pemimpin kanan.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh dan Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu.

Pengerusi PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud turut berada di lokasi sama. – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings