the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Unit integriti boleh terus siasat pegawai awam terlibat salah laku

JPA tegaskan unit integriti boleh siasat pegawai awam disyaki salah laku tidak bermoral, tindakan buang kerja boleh dikenakan jika terbukti bersalah

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan Unit Integriti di setiap kementerian dan jabatan boleh meneruskan siasatan dalaman terhadap mana-mana pegawai awam yang disyaki terlibat dalam salah laku tidak bermoral.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata tindakan tegas termasuk buang kerja atau turun pangkat boleh dikenakan sekiranya pegawai terbabit didapati bersalah.

“JPA memandang serius salah laku jenayah atau pelanggaran tatakelakuan yang melibatkan penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sebarang tingkah laku yang terbukti mencemarkan nama baik perkhidmatan awam merupakan suatu pelanggaran integriti dan tatakelakuan serius.

JPA berpegang teguh kepada prinsip kedaulatan undang-undang, dan sebarang tindakan diambil pihak berkuasa seperti PDRM akan diserahkan untuk siasatan terperinci.

Wan Ahmad Dahlan berkata kerajaan mempunyai garis panduan bagi menangani permasalahan berkaitan tatakelakuan dalam kalangan pegawai awam.

Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Perenggan 4(2)(d) menetapkan bahawa seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang memburukkan nama perkhidmatan awam.

Ketua Jabatan dinasihatkan untuk sentiasa memantau dan mengambil tindakan sekiranya terdapat laporan atau aduan berkaitan salah laku.

Salah laku boleh memberikan impak negatif besar kepada pentadbiran kerajaan kerana ia berpotensi mengakibatkan kepercayaan rakyat terhakis.

Ia juga boleh menyebabkan persepsi negatif yang tular, serta hilang wibawa dan kredibiliti untuk memimpin.

Bagi memastikan insiden berkenaan tidak berulang, Ketua Jabatan diarah memantau gaya hidup dan tingkah laku pegawai seliaan.

Penerapan nilai murni melalui Unit Integriti di setiap kementerian dan jabatan perlu dipergiat, termasuk saringan psikologi dan sahsiah secara berkala.

Ceramah atau kursus yang memberi fokus terhadap pembangunan sahsiah diri pegawai dan gaya hidup sihat juga disarankan.

Orang awam digalakkan untuk terus menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan dengan melaporkan sebarang salah laku penjawat awam melalui SISPAA.

Laporan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) membolehkan tindakan pantas diambil.

Pada Jumaat lepas, 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan di Chow Kit, Kuala Lumpur. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hong Kong: Independent committee to conduct comprehensive and in-depth review following major fire

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 - The Hong Kong Special Administrative Region (HKSAR) Government is going all out to support victims and investigate the cause of a massive fire that engulfed seven out of eight high-rise residential blocks at Wang Fuk Court in Tai Po, Hong Kong, on November 26.
spot_img

Popular Categories