the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis nafi salah guna kuasa dalam Ops Songsang, siasatan berjalan

PDRM menafikan dakwaan salah guna kuasa dan kelewatan dalam Ops Songsang, menjelaskan proses tangkapan ramai mengikut SOP

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tiada isu salah guna kuasa dalam Ops Songsang seperti didakwa beberapa pihak baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata prosedur melibatkan dokumentasi dan urusan penjamin mengambil masa kerana jumlah tangkapan yang besar.

“Bila tidak dapat reman, kita tidak boleh lepaskan macam itu (sahaja). Kami perlu lakukan pemprofilan,” katanya selepas merasmikan satu program di sini.

Fadil menjelaskan serbuan bermula pukul 8 malam dan proses di tempat kejadian serta di IPD mengambil masa yang panjang.

Beliau berkata laporan polis rasmi hanya selesai dibuat pada tengah hari keesokannya.

Proses memasukkan data permohonan reman ke dalam sistem kemudian berlangsung dari pukul 1.30 tengah hari hingga 3.30 petang.

Permohonan reman dibawa ke hadapan Majistret pada pukul 6 petang yang masih dalam tempoh sah 24 jam dari tangkapan awal.

Prosidings itu berterusan sehingga malam kerana melibatkan jumlah tangkapan yang ramai dan kehadiran 14 peguam.

Fadil turut menafikan dakwaan wujud layanan ‘double standard’ terhadap individu yang ditahan.

Mengenai dakwaan pendedahan identiti tahanan, beliau menjelaskan siasatan polis adalah sulit.

“Sebarang maklumat rasmi berlandaskan fakta kes umum tanpa pendedahan butiran peribadi secara spesifik,” katanya.

Siasatan kes terbabit masih berjalan dan pihaknya masih mengumpul maklumat serta bukti.

“Kalau ada asas yang mencukupi, kertas siasatan akan kita rujuk (Timbalan Pendakwa Raya) dengan syor tindakan lanjut,” jelas Fadil.

Jumaat lepas, 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan di Chow Kit.

Premis dua tingkat itu dipercayai dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang dan beroperasi sejak lapan hingga 10 bulan lepas.

Susulan serbuan itu, beberapa pihak tampil membuat pelbagai dakwaan berkaitan salah guna kuasa pihak polis. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories