the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perak masih boleh eksport REE walaupun moratorium sehingga 2027

Perak terus diberi kelonggaran khas untuk eksport unsur nadir bumi meskipun moratorium eksport berkuat kuasa sehingga 2027, kata Menteri Besar

IPOH: Perak terus diberi kelonggaran untuk mengeksport unsur nadir bumi (REE) meskipun larangan eksport bahan itu berkuat kuasa sehingga 2027.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata negeri itu masih berada dalam fasa projek perintis dan diberikan kebenaran khas oleh Kerajaan Persekutuan.

Kelulusan diberikan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan pembaziran bahan yang telah diekstrak sehingga dihentikan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

“Buat masa ini, kita (Perak) masih lagi dibenarkan dan kita pun sedang berusaha untuk membina industri NR-REE ini,” katanya.

Beliau berkata usaha itu merangkumi industri huluan untuk mengekstrak, industri pertengahan untuk memisahkan unsur, dan industri hiliran yang penting.

“Kita nak bangunkan sendiri industri yang boleh membangun dan mengeluarkan hasil daripada REE,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Aspirasi Geospatial Negeri Perak 2025.

Kerajaan Persekutuan memutuskan moratorium pengeksportan mentah REE bermula 2025 hingga 2027 sebagai sokongan kepada pembangunan industri peringkat pertengahan.

Saarani berkata kerajaan negeri mengalu-alukan kehadiran pihak luar yang ingin berkongsi teknologi.

Namun, negeri tidak akan membenarkan mana-mana pihak mengambil hasil bumi tanpa pembangunan bersama.

“Mereka boleh datang, berunding dengan kita dan mesti bangunkan bersama dan mesti ada perkongsian teknologi,” katanya.

Mengenai program hari ini, beliau berkata Perak melancarkan dashboard perumahan negeri, Hartanah@Perak.

Platform pelaporan digital berasaskan geospatial itu memaparkan maklumat pembangunan perumahan secara terperinci, telus dan mudah dicapai.

Dashboard itu memeta dan menyediakan profil projek perumahan meliputi perancangan, status pembinaan, lokasi, kategori perumahan serta kedudukan projek sakit dan terbengkalai.

“Melalui dashboard ini, kerajaan negeri dapat memantau pencapaian sasaran perumahan Perak Sejahtera 2030 dengan lebih komprehensif,” katanya.

Ia juga menyediakan sumber rujukan yang jelas kepada pihak berkuasa tempatan, agensi teknikal dan orang awam.

Pelancaran itu diadakan sempena Program Aspirasi Geospatial Negeri Perak 2025, edisi kedua program dwitahunan yang memberi tumpuan kepada pengukuhan penggunaan data spatial. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Ice, snow tourism boosts cultural exchanges between China, Russia

ARXAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 December 2025 - The 20th Arxan Ice and Snow Festival kicked off on Nov. 15. Arxan, located at the southwestern foot of the Dahinggan Mountains and at the intersection of four major grasslands, has become an increasingly popular tourist destination in recent years thanks to its ice and snow and hot spring resources.

Xiamen resumes direct yacht services

Xiamen has resumed direct yacht services to Hong Kong after a six-year pause, enhancing cross-border travel and expanding the city’s diversified port network that now includes air travel, cruise routes, and yacht operations.

Rehda calls for data-driven housing reforms

alaysia’s affordable housing policies are struggling to keep pace with demographic shifts and market realities, according to the Rehda Institute, which called for a data-driven approach to reform quota requirements and pricing mechanisms.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories