the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 4, 2025
27.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemuda China maut motosikal bergesel dengan lori di Johor Bahru

Seorang penunggang motosikal warga China maut selepas motosikalnya bergesel dengan tayar belakang sebuah lori di susur jalan Johor Bahru-Pontian.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga China berusia 19 tahun maut dalam satu kemalangan jalan raya di sini pagi tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 10.45 pagi di susur KM18 Jalan Johor Bahru–Pontian, arah Johor Bahru.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Azrol Anuar Nor berkata motosikal Honda Vario 150 yang ditunggang mangsa dipercayai bergesel dengan tayar belakang sebelah kiri sebuah lori Hino.

“Semasa kejadian, penunggang motosikal itu dipercayai cuba memotong lori berkenaan dari sebelah kiri di selekoh susur KM18 Jalan Johor Bahru–Pontian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang dalam perjalanan dari Paradigm Mall ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai mengalami kecederaan di tangan dan disyaki kecederaan dalaman.

Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Pemandu lori berusia 59 tahun yang juga warga tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Hafiz Aminuddin di talian 011-35807871.

Related

spot_img

Latest

Indonesia Shines at ACES Awards 2025 With Outstanding Wins Across Leadership, Sustainability, and Innovation

BALI, INDONESIA - Media OutReach Newswire - 4 December 2025 – Indonesia emerged as one of the strongest performers at this year's ACES Awards 2025, with multiple organisations and leaders recognised for excellence in leadership, sustainability, innovation, and community impact.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories