the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 4, 2025
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir kilat landa Kuala Lumpur selepas hujan lebat

Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur selepas hujan lebat selama sejam, menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di pusat bandar.

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama kira-kira satu jam petang ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur Mohd Hafizan Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.55 petang.

Sebanyak 18 anggota dan pegawai daripada dua balai bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Antara kawasan terjejas ialah Jalan Sentul Pasar di Taman Bahagia, Jalan Batu Bata di Titiwangsa Sentral dan Jalan Haji Salleh di Sentul.

Kawasan lain yang terjejas termasuk Kampung Chubadak Dalam serta Batu 2½, Jalan Ipoh.

“Banjir yang berlaku hanyalah limpahan air dan kesemuanya telah surut,” kata Mohd Hafizan dalam kenyataan.

Beliau menambah tiada mangsa terlibat serta tiada kerosakan harta benda dilaporkan.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial berkongsi video dan gambar yang menunjukkan kawasan di sekitar ibu negara dinaiki air.

Antara lokasi yang tular termasuk di sekitar Bulatan Pahang, Jalan Tun Razak serta kawasan berhampiran Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Beberapa laluan utama di pusat bandar juga dilaporkan mengalami kesesakan teruk.

Related

spot_img

Latest

Six nations compete in RSC youth football event

Over 1,200 young footballers will compete in the upcoming 19th edition of the Royal Selangor Club (RSC) – Datuk Chu Ah Nge International Junior Soccer Tournament slated for today and ends on Dec 7 at the grounds of the RSC Bukit Kiara Annexe. This year’s tournament will also feature teams from Singapore, Maldives, Indonesia, Nepal and Malaysia, said organising committee chairman Datuk Gerald Rakish Kumar.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories