the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 6, 2025
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peguam terima ugutan bunuh di media sosial, polis buka siasatan

Polis siasat laporan peguam terima ugutan bunuh di media sosial, dipercayai kait dengan kes tembak tiga suspek di Melaka bulan lepas

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat laporan seorang peguam yang mendakwa menerima ugutan bunuh di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata laporan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 5.16 petang semalam.

“Siasatan mendapati peguam tersebut telah membaca satu komen daripada individu tidak dikenali menerusi hantaran di platform media sosial ketika berada di pejabatnya,” katanya dalam kenyataan.

Komen mengandungi unsur ugutan bunuh itu dipercayai mempunyai kaitan dengan satu kes yang sedang dikendalikan peguam tersebut.

Polis telah merakam keterangan peguam terbabit malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Shamsudin menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih.

Kejadian ini dipercayai berkaitan dengan kes tembak tiga lelaki di Melaka pada 24 November lepas.

Tiga suspek berusia 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang melibas parang terhadap anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.

Kejadian pada 4.30 pagi itu menyebabkan seorang koperal cedera parah pada lengan kiri.

Kesemua suspek daripada Geng Durian Tunggal dikesan dalam perjalanan untuk menyamun sebuah premis.

Mereka aktif melakukan jenayah sejak 2024, membabitkan 20 kes di Melaka serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor.

Kerugian yang dicatatkan mencecah RM1.35 juta.

Pada 3 Disember lepas, media melaporkan ahli keluarga tiga suspek menolak dakwaan mangsa bertindak ganas.

Pada 4 Disember, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan ahli keluarga tersebut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

A-Level vs Polytechnic: Understanding different pathways offer competitive edge at SIM

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 6 December 2025 - Singapore's education system offers two popular tertiary pathways after post-secondary, A-Levels through Junior Colleges and Polytechnic diplomas.

K. Wah Group Donates Additional HK$12.07 Million for Tai Po Recovery

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 6 December 2025 - K. Wah Group ("the Group") continues to stand in solidarity with the Tai Po community in the aftermath of the recent fire, offering timely support to affected residents and post-disaster recovery efforts.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories