the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 10, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SIKR 3.0 lancar dengan kadar pampasan lebih tinggi dan liputan luas

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat 3.0 menawarkan pampasan sehingga RM26,500, melindungi 300,000 ketua isi rumah miskin dengan peruntukan awal RM20 juta.

PUTRAJAYA: Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 3.0 yang dilancarkan hari ini menawarkan kadar pampasan yang lebih tinggi bagi melindungi kesejahteraan rakyat berpendapatan rendah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Kewangan telah meluluskan skim dengan peruntukan awal RM20 juta yang telah bermula sejak 1 Oktober lalu.

“Bagi SIKR 3.0, kadar pampasan ditingkatkan kepada RM13,500 untuk kematian semula jadi, RM26,500 bagi kematian akibat kemalangan serta RM13,500 bagi kecacatan kekal akibat kemalangan,” katanya.

Beliau berkata bagi pelaksanaan SIKR 3.0, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri akan memeterai memorandum persefahaman dengan Prudential BSN Takaful Berhad.

SIKR merupakan pelan takaful berkelompok eksklusif patuh syariah percuma yang ditaja oleh kerajaan bagi melindungi 300,000 ketua isi rumah miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan pangkalan data eKasih.

SIKR siri pertama dilancarkan pada 2022, dengan sumbangan premium oleh kerajaan berjumlah RM13.4 juta bagi melindungi seramai 268,887 ketua isi rumah.

Kadar pampasan di bawah SIKR 2.0 ditingkatkan kepada RM10,500 bagi kematian normal, RM25,500 bagi kemalangan serta RM10,500 bagi kecacatan kekal akibat kemalangan.

Sementara itu, Anwar berkata Sahabat Penggerak MADANI dilancarkan sebagai satu inisiatif sukarelawan nasional yang berperanan memperluas jangkauan agenda Malaysia MADANI.

“Setakat Disember 2025, kita sudah mengumpul 3,000 sukarelawan yang menjadi Sahabat Penggerak MADANI. Tanggungjawab mereka adalah menyampaikan naratif kenegaraan, menjadi penceramah, fasilitator dan jurulatih,” katanya.

Bagi menghargai sumbangan mereka, sukarelawan terbabit akan menerima kad pengenalan rasmi, akses latihan daripada Akademi Kenegaraan Malaysia serta pelbagai manfaat melalui rakan strategik.

Perdana Menteri berkata sukarelawan berkenaan juga akan diberikan sijil penglibatan rasmi sebagai pengiktirafan status sukarelawan negara.

Program Rancakkan MADANI selama tiga hari bermula Jumaat lepas, menampilkan lebih 300 perkhidmatan sentuhan rakyat, karnival kerjaya dan pameran interaktif.

Program Rancakkan MADANI ialah kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI dan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI yang menjadi tradisi pelaporan tahunan kerajaan secara langsung kepada rakyat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings