the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PKR adakan mesyuarat khas analisis keputusan PRN Sabah

MPP PKR adakan mesyuarat khas di Putrajaya untuk analisis awal keputusan PRN Sabah dan bincang isu prestasi kerusi parti

PUTRAJAYA: Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini mengadakan mesyuarat khas di sini untuk meneliti dapatan awal analisis keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil berkata turut dibincangkan ialah isu yang berkait dengan prestasi kerusi yang ditandingi PKR dan Pakatan Harapan.

“Proses mengumpul pandangan dan dapatan akan diteruskan untuk tindakan susulan diteliti pada mesyuarat MPP akan datang,” katanya dalam kenyataan pascamesyuarat khas itu, malam ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata mesyuarat MPP turut menerima taklimat ringkas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Presiden PKR berhubung beberapa tindakan ekonomi terkini termasuk kenaikan had ambang e-invois dan lebihan cukai yang perlu dibayar balik lebih pantas.

Mesyuarat khas berkenaan bermula kira-kira 5 petang tadi dan berakhir dua jam kemudian.

Antara yang dilihat hadir termasuklah Fahmi, Naib Presiden PKR yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan serta Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta ahli MPP Akmal Nasrullah Mohd Nasir. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Group Completes Strategic Investment in Real-Time Infrastructure Intelligence Leader Astrikos.ai

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - December 8, 2025 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in AI-driven Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today announced its strategic investment into Astrikos.ai, a fast-growing infrastructure intelligence company that specialises in real-time monitoring, prediction, and optimisation for critical national systems.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories