the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 11, 2025
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Industri halal sumbang RM118.2 bilion kepada KDNK Malaysia

Industri halal Malaysia catat sumbangan RM118.2 bilion kepada KDNK, dengan 1,525 pengeksport berdaftar dan sasaran RM231.1 bilion menjelang 2030

KUALA LUMPUR: Industri halal menyumbang 7.94% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bernilai RM118.2 bilion sehingga suku ketiga 2025.

Bilangan pengeksport halal berdaftar setakat ini ialah 1,525 syarikat.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan sasaran Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030 adalah untuk meningkatkan nilai industri kepada RM231.1 bilion menjelang 2030.

Sasaran lain termasuk eksport halal mencecah RM70 bilion dan sumbangan kepada KDNK sebanyak 10.8%.

Bagi memperkukuh ekosistem, Malaysia telah membangunkan 14 taman halal di bawah status HALMAS.

Taman-taman ini berfungsi sebagai pusat pengeluaran, pemprosesan dan logistik halal berserta infrastruktur bertaraf dunia.

Pelaburan terkumpul di taman-taman halal ini berjumlah RM16.7 bilion setakat ini.

Pelaburan itu disasarkan meningkat kepada RM25 bilion menjelang 2030.

MITI berkata demikian dalam jawapan bertulis Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Jawapan itu bagi soalan Senator Hussin Ismail mengenai nilai pasaran makanan halal dan usaha kerajaan memperkasakan industri.

Sementara itu, Senator Baharuddin Ahmad bertanyakan usaha kerajaan menjadikan Perlis sebagai hab halal antarabangsa.

MITI berkata kerajaan memberi penekanan terhadap promosi perdagangan dan pelaburan produk halal di Perlis melalui inisiatif serantau.

Inisiatif itu termasuk Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN dan kerjasama Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Kerjasama tersebut turut merangkumi program perkongsian kepakaran teknikal mengenai pembangunan ekosistem dan pensijilan halal.

Kerajaan turut mengutamakan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Infrastruktur di Perlis.

Inisiatif itu merangkumi pembangunan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) dan Perlis Inland Port (PIP).

CVIA yang berkeluasan 2,468 ekar sedang dibangunkan sebagai taman perindustrian bersepadu dengan kluster pembuatan halal.

PIP dengan keluasan 500 ekar dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang Februari 2026.

Kerajaan negeri juga akan mewujudkan sebuah makmal pengujian pensijilan halal yang diiktiraf dalam kawasan CVIA.

Makmal itu bertujuan memperkukuh standard, mempercepat proses dan memastikan piawaian dipatuhi.

Program Keusahawanan dan Pensijilan Halal turut dilaksanakan untuk mempromosikan usahawan tempatan.

Program itu juga membantu mempertingkatkan daya saing produk halal. – Bernama

Related

spot_img

Latest

IKIGAI Corporation Opens New Vietnam Headquarters, Advancing a Vision for Global Harmony and a Better World

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 – IKIGAI Corporation, a Japan-originated multi-sector enterprise, today announced the opening of its new headquarters at 87–97 Bach Dang, Tan Son Hoa, Ho Chi Minh City, marking a major milestone in its expansion into Vietnam and underscoring its long-term commitment to responsible, sustainable, and globally minded growth.

How Huawei is Helping Build South Africa’s New Digital Highway

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 - Across South Africa, millions still struggle to get online, limiting access to education, jobs, and opportunity. As the government accelerates its SA Connect broadband strategy, Huawei and Broadband Infraco are helping extend high-speed connectivity to underserved communities.

Hong Kong reclaims top global IPO spot in 2025, says KPMG

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 - Hong Kong has reclaimed the top spot in global IPO market rankings for the first time since 2019, driven by a record number of A+H listings that contributed over half of total funds raised, according to KPMG's latest Chinese Mainland and Hong Kong IPO Markets 2025 Review and 2026 Outlook.

Hong Kong Kicks Off One-Year Countdown to the XXVIII ANOC General Assembly 2026

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 - The Steering Committee for the XXVIII Association of National Olympic Committees (ANOC) General Assembly today hosted a one-year countdown kick-off press conference at the Royal Hong Kong Yacht Club, signalling a significant milestone in the preparations for this prestigious international event.

Bupa Hong Kong Broadens Network Across Hong Kong and Mainland China, Offering Access to Over 6,500 Hospitals and Service Points

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 - Bupa Hong Kong ("Bupa") is proudly expanding its healthcare network to offer customers seamless, personalised and comprehensive care across Mainland China and Hong Kong.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories