the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 11, 2025
20.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia perkuat mobiliti hijau dengan terima kenderaan hidrogen pertama

Kerajaan Malaysia terima kenderaan elektrik sel bahan api hidrogen Toyota Mirai, langkah penting ke arah mobiliti hijau dan ekonomi mapan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri hari ini menerima kenderaan elektrik sel bahan api hidrogen Toyota Mirai daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Penyerahan kenderaan itu menandakan langkah penting dalam memperkukuh agenda negara ke arah mobiliti hijau melalui teknologi rendah karbon.

Ia juga menyokong pertumbuhan ekonomi bagi masa depan yang lebih mapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu mencerminkan keyakinan rakan industri tempatan dan antarabangsa terhadap dasar serta hala tuju Malaysia.

Keyakinan itu khususnya dalam membangunkan ekosistem hidrogen negara.

Beliau berkata penyerahan kenderaan itu juga akan merancakkan kerjasama rentas sempadan dan memacu inovasi automotif di seluruh Asia Tenggara.

“Kerajaan MADANI akan terus menerajui peralihan serantau ke arah mobiliti hijau dan pintar,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata langkah itu memastikan Malaysia bukan sahaja bersedia menghadapi keperluan masa depan.

Malaysia juga akan menjadi peneraju dalam membentuk landskap mobiliti yang lebih bersih, selamat dan mampan untuk generasi akan datang. – Bernama

Related

spot_img

Latest

IKIGAI Corporation Opens New Vietnam Headquarters, Advancing a Vision for Global Harmony and a Better World

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 – IKIGAI Corporation, a Japan-originated multi-sector enterprise, today announced the opening of its new headquarters at 87–97 Bach Dang, Tan Son Hoa, Ho Chi Minh City, marking a major milestone in its expansion into Vietnam and underscoring its long-term commitment to responsible, sustainable, and globally minded growth.

How Huawei is Helping Build South Africa’s New Digital Highway

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 - Across South Africa, millions still struggle to get online, limiting access to education, jobs, and opportunity. As the government accelerates its SA Connect broadband strategy, Huawei and Broadband Infraco are helping extend high-speed connectivity to underserved communities.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories