the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 11, 2025
20.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesawat ringan berdaftar MSAF buat pendaratan cemas di Taiping

Pesawat ringan Microlight berdaftar di bawah MSAF terpaksa mendarat cemas di Taiping akibat kerosakan enjin, juruterbang dan pelatih cedera

TAPAH: Pesawat ringan jenis Microlight yang terpaksa mendarat cemas di Taiping merupakan pesawat berdaftar di bawah Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF).

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata semakan mendapati juruterbang dan pelatih yang terlibat juga berdaftar di bawah persekutuan berkenaan.

“Kejadian tersebut telah dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh CAAM berkaitan insiden berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.

Pada majlis itu, Supt Abdul Malik Hasim menggantikan Johari yang bertukar ke IPD Nilai sebagai Ketua Polis Daerah baharu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail dilaporkan berkata pihaknya dimaklumkan kejadian pada 10.30 pagi Ahad lepas.

Beliau berkata juruterbang berusia 46 tahun dan pelatih berusia 40 tahun yang cedera telah dibawa ke Hospital Taiping.

Mereka dilaporkan dalam keadaan stabil selepas insiden itu.

Pesawat tersebut dikesan melakukan pendaratan cemas akibat kerosakan enjin. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories