the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Projek Kota, Bandar MADANI di landasan tepat, kata PM

Projek Kota MADANI Putrajaya dan Bandar MADANI Bukit Jalil berada di landasan tepat dengan elemen seperti sekolah vertikal dan kemudahan komuniti bersepadu.

KUALA LUMPUR: Projek Kota MADANI Putrajaya dan Bandar MADANI Bukit Jalil berada di landasan yang tepat dengan penerapan sepenuhnya elemen MADANI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan itu dimaklumkan dalam sesi taklimat tentang status terkini beberapa projek pembangunan utama.

Kota MADANI di Presint 19 bakal merangkumi 10,000 unit kuarters kediaman berintensiti tinggi yang mampu menampung lebih 30,000 penduduk.

Projek itu turut merangkumi sekolah menengah serta pelbagai kemudahan awam.

Bandar MADANI Bukit Jalil pula akan menawarkan rumah pintar, sekolah vertikal, mobiliti pintar serta penggunaan teknologi tenaga boleh baharu.

Anwar turut meneliti isu berkaitan pembinaan Masjid MADANI di Jalan Masjid India.

Beliau mengarahkan agar proses pembinaan masjid itu dipercepatkan supaya rakyat dapat menikmati manfaatnya tanpa berlengah.

Masjid berkonsepkan identiti Malaysia itu mampu menampung kira-kira 2,900 jemaah pada satu-satu masa.

Perdana Menteri berkata kerajaan kekal fokus dalam memastikan setiap pembangunan bandar memberikan manfaat langsung kepada rakyat.

Manfaat itu merangkumi peningkatan infrastruktur, penyediaan kemudahan moden serta pemeliharaan identiti dan warisan bandar.

“Insya-Allah, usaha bersepadu ini menjadi sebahagian daripada ikhtiar kita untuk membina bandar yang lestari, inklusif dan progresif,” kata Anwar.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings