the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 10, 2025
23 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar hargai keterbukaan Kemboja, Thailand teruskan rundingan

PM Anwar Ibrahim hargai kesanggupan pemimpin Kemboja dan Thailand teruskan rundingan damai bagi redakan ketegangan sempadan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas keterbukaan dan kesanggupan rakan sejawatannya dari Kemboja dan Thailand untuk meneruskan rundingan.

Rundingan itu bertujuan meredakan ketegangan dan mengelakkan sebarang salah faham yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Anwar bercakap dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul semalam berhubung ketegangan berterusan di sempadan kedua-dua negara.

Beliau berkata Malaysia tetap komited untuk menyokong dialog aman.

“Walaupun resolusi muktamad masih belum dicapai, penglibatan diplomatik yang berterusan telah memastikan tiada lagi insiden serius berlaku pada waktu kritikal ini,” katanya.

“Malaysia akan terus menyokong dialog aman, penyelesaian berdasarkan undang-undang antarabangsa dan mengukuhkan kerjasama serantau demi menjaga kestabilan dan keselamatan wilayah yang dikongsi bersama,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran Facebook hari ini.

Konflik sempadan Kemboja-Thailand yang berlanjutan sejak seabad lalu kembali tegang Julai lepas.

Ia membawa kepada pertempuran tentera selama lima hari.

Kedua-dua negara kemudiannya bersetuju untuk gencatan senjata di Kuala Lumpur pada 24 Julai.

Mereka menandatangani Perjanjian Damai Kuala Lumpur pada 26 Oktober semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Perjanjian itu disaksikan oleh Anwar selaku Pengerusi ASEAN dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Bagaimanapun, pertempuran tercetus kembali pada Isnin yang menyebabkan beberapa kematian dan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Related

spot_img

Latest

70mai launches 4K dash cam series: True 4K provides evidence-level clarity

70mai, a global leader in dash cam innovation, introduces the 4K Dash Cam Series in Malaysia. The series offers true 4K ultra-high-definition video that provides evidence-level clarity in every driving condition, marking a significant step forward in vehicle safety.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories