the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 13, 2025
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nga: Kuasai bahasa Inggeris sebagai pelengkap perkukuh keupayaan penjawat awam

Nga Kor Ming tekankan penguasaan bahasa Inggeris sebagai pelengkap kepada Bahasa Melayu untuk perkasa keupayaan komunikasi global penjawat awam.

PUTRAJAYA: Penguasaan bahasa Inggeris merupakan kemahiran pelengkap kepada Bahasa Melayu dalam memperkukuh keyakinan dan keupayaan penjawat awam berkomunikasi di peringkat global, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Beliau berkata bahasa Melayu kekal sebagai kebanggaan negara dan teras keharmonian manakala bahasa Inggeris adalah alat penting yang membuka peluang, mengukuhkan diplomasi dan mempersiapkan penjawat awam

“Penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa lain membolehkan pegawai kita mengetengahkan pencapaian Malaysia di peringkat antarabangsa, menarik kerjasama global dan menyampaikan perkhidmatan secara lebih berkesan dalam dunia yang saling berhubung,” katanya.

BACA: Speaker Dewan Rakyat beri amaran tegas jangan hina penjawat awam

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena majlis perasmian dan penyampaian hadiah Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris 2025 “Speak Up For Change 2025-The Minister’s Cup: English Public Speaking Challenge” di sini hari ini.

Nga berkata bahasa Melayu akan terus dijunjung dalam semua komunikasi rasmi domestik, manakala penguasaan bahasa Inggeris akan terus diperkasa sebagai nilai tambah untuk memperkukuh keterlibatan Malaysia di pentas antarabangsa.

“Pendekatan kami adalah praktikal dan seimbang iaitu menghormati bahasa Melayu di samping melengkapkan pegawai dengan kemahiran untuk berinteraksi secara yakin di peringkat global,” katanya.

Nga yang juga Presiden United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat) turut menekankan bahawa pertandingan itu menggalakkan pembangunan pemikiran kritikal, keyakinan dan kepimpinan melalui pengucapan awam.

“Usaha ini sejajar dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) serta matlamat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memupuk tenaga kerja yang bersedia menghadapi masa hadapan dan berorientasikan rakyat,” katanya.

Beliau turut memuji komitmen peserta dan menyifatkan pengucapan awam sebagai kemahiran yang memupuk disiplin, empati dan kepimpinan.

Usaha itu, katanya merupakan elemen penting dalam perkhidmatan awam yang efektif dan berwawasan.

Nga berkata lebih 35 penjawat awam kementeriannya menyertai pertandingan “The Minister’s Cup: English Public Speaking Challenge” tahun ini.

Beliau berkata pertandingan itu akan terus menjadi antara inisiatif kementerian dalam membangunkan perkhidmatan awam yang cekap, fasih dan peka global selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.

Pertandingan yang julung kalinya diadakan merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menekankan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan penjawat awam untuk memperkukuh kemampuan komunikasi, kepimpinan dan kecemerlangan profesional dalam sektor awam. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Ganesh Bangah, 7-Eleven’s Xamble integrates with Lazada to scale regional creator commerce

Xamble Group has integrated its Creator App with Lazada, enabling creators in Malaysia to generate affiliate links, promote products and track commissions within its platform. The move strengthens Xamble’s creator commerce engine, expands earning opportunities for creators and supports the group’s regional social commerce growth strategy across Southeast Asia.

Oasis Harvest to acquire 80% stake in Contagious for RM900,000

Oasis Harvest Corporation Bhd has entered into a conditional agreement to acquire an 80% equity interest in Contagious (Malaysia) Sdn Bhd for RM900,000, strengthening its consumer engagement capabilities. The acquisition, backed by a one-year profit guarantee, supports Oasis Harvest’s strategy to build a broader food and lifestyle ecosystem while enhancing brand experience and marketing execution across its growing F&B portfolio.

Farm’s Best expands national cancer support at iFood Expo

Farm’s Best Food Industries Sdn Bhd has concluded its participation at the iFood Expo Cultural & Food Festival 2025 and is now extending its Omega 3 Chicken CSR Campaign nationwide to support cancer patients and their families. Running until May 2026, the initiative donates RM1 for every RM25 spent on Omega 3 Chicken products, with a fundraising target of RM50,000 to fund patient care, essential needs, early detection, and cancer awareness programmes through its partner cancer society.

Leading institutional investors establish strategic stakes in Orkim following IPO

Orkim Berhad’s listing on the Main Market of Bursa Malaysia marks a significant milestone, reinforcing the coordinated roles of Ekuinas and Permodalan Nasional Berhad in nurturing and stewarding Bumiputera enterprises. Entering the public market with a valuation of RM920 million, the listing was met with strong investor demand and positions Orkim for its next phase of growth.

Most Viewed

A First in the Asia-Pacific – Taiwan Leads the Launch of the Early Kidney Disease Annual Report, Opening a New Era in Advancing Kidney...

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 11 December 2025 - Taiwan's chronic disease care is once again at the forefront internationally, taking new strides with the release of the Asia-Pacific's first "Early Chronic Kidney Disease Annual Report," jointly published by the Ministry of Health and Welfare, the National Health Research Institutes, and the Taiwan Society of Nephrology.
spot_img

Popular Categories