the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johari akan bincang status Flat Seri Perlis 2 dengan Dr Zaliha dan Datuk Bandar

Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani akan jumpa menteri dan Datuk Bandar KL untuk dapatkan kepastian status Flat Seri Perlis 2

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan mengadakan perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa untuk mendapatkan pengesahan status pembangunan Flat Seri Perlis 2, Taman Datuk Keramat, di sini.

Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata perbincangan yang turut melibatkan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Fadlun Mak Ujud itu penting bagi memastikan sebarang perancangan pembangunan semula perumahan awam berkenaan, sekiranya ada, mengambil kira kebajikan serta keperluan penduduk setempat.

“Penduduk memaklumkan kepada saya bahawa mereka tinggal dalam keadaan bimbang kerana mendengar pelbagai khabar angin mengenai kemungkinan pemindahan dan kehadiran pemaju yang berminat melakukan pembangunan semula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Santuni MADANI Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di perumahan awam itu hari ini.

Johari berkata buat masa ini, status perumahan awam terbabit kekal seperti sedia ada kerana tiada sebarang cadangan pembangunan khusus dikemukakan oleh mana-mana pemaju.

Beliau menegaskan sebarang cadangan pembangunan semula perlu melalui perbincangan melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kementerian berkaitan serta wakil rakyat kawasan terlibat.

Mengulas Program Santuni MADANI, Johari berkata inisiatif itu bertujuan mendekatkan pemimpin dengan rakyat, memahami kebimbangan penduduk secara langsung serta menyampaikan perkhidmatan kerajaan kepada komuniti setempat.

Dalam program berkenaan, lebih 300 ketua isi rumah daripada golongan asnaf menerima bantuan bakul makanan berisi barangan keperluan harian selain sumbangan barangan persekolahan kepada murid dan pelajar.

Dalam perkembangan lain, Johari berkata beliau menjangkakan purata harga minyak sawit mentah (CPO) akan kekal melebihi RM4,000 setan metrik pada tahun depan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings