the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

53.9% lepasan SPM pilih TVET, hampir capai sasaran 70%

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Seramai 53.9% lepasan SPM kini memilih laluan TVET, menghampiri sasaran 70% menjelang akhir RMK13, kata Timbalan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Seramai 53.9% lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini memilih laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata angka itu menghampiri sasaran 70% menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Pada akhir RMK13 nanti kita berhasrat supaya lepasan SPM ini, 70% daripada mereka berada dalam sektor TVET tinggi dan ini telah dapat dicapai setakat ini dengan pencapaian 53.9%,” katanya.

Beliau berkata usaha merombak ekosistem pendidikan ke arah bidang berkemahiran tinggi kini berada pada landasan yang betul.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian selepas lawatan kerja ke Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI).

Beliau berkata terdapat 439,000 pelajar TVET di seluruh negara melibatkan 1,398 institusi.

Menurutnya, sasaran RMK13 mampu dicapai melalui usaha berterusan UniKL dan institusi TVET lain.

UniKL BMI dalam kenyataan memaklumkan lawatan kerja itu mencerminkan pengiktirafan terhadap peranannya sebagai peneraju pembangunan modal insan TVET.

Institusi itu memfokuskan sektor tenaga elektrik, elektronik, semikonduktor, telekomunikasi dan bioperubatan elektronik.

Pada lawatan itu, Ahmad Zahid turut merasmikan bangunan Sustainable Energy Living Lab (SELL).

Bangunan itu merupakan bangunan net-zero/energy-plus pertama di Malaysia dengan teknologi penjanaan dan pengurusan tenaga pintar. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings