the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKDW siapkan 13 projek Kampung Angkat MADANI di Lenggong

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah siapkan 13 projek fizikal dan bukan fizikal di Kampung Bukit Sapi dengan peruntukan RM1.1 juta

LENGGONG: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menyiapkan sepenuhnya pelaksanaan 13 projek komuniti di Kampung Bukit Sapi di sini melibatkan peruntukan berjumlah RM1.1 juta menerusi inisiatif Kampung Angkat MADANI.

Ketua Setiausaha KKDW Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar berkata antara projek fizikal yang dilaksanakan termasuk menaik taraf sekolah agama, titi sungai, klinik desa, jalan ladang, masjid, surau, dewan orang ramai, pemasangan lampu jalan solar dan infrastruktur sekolah.

Beliau berkata antara projek bukan fizikal yang telah dilaksananakan pula merangkumi gotong-royong keceriaan kampung, pelaksanaan Program Pusat Komuniti Desa Mobile serta Program Motivasi Pelajar.

Mohd Khair Razman berkata bagi projek pemasangan lampu jalan solar, KKDW melaksanakan Program Rintis Lampu Solar dengan memasang 30 unit lampu solar secara bergotong-royong bersama mahasiswa dan sukarelawan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melibatkan kos kira-kira RM40,000. 

“Selain itu, KKDW juga melaksanakan Program Selenggara Elektrik Rumah Impian melibatkan 25 buah rumah yang diselenggara membabitkan peruntukan berjumlah RM40,000 bertujuan meningkatkan tahap keselamatan elektrik kediaman golongan B40,” katanya.

Muhd Khair Razman berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Kenduri Rakyat Desa MADANI 2025 di sini hari ini.

 Bagi projek infrastruktur sekolah, beliau berkata sejumlah RM100,000 diperuntukkan untuk Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi menerusi inisiatif Sekolah Angkat MADANI dengan tumpuan diberikan kepada penambahbaikan kemudahan asas dan peralatan pembelajaran murid sekolah berkenaan.

“Secara tidak langsung ia dapat mewujudkan keadaan pembelajaran yang kondusif dan sedikit sebanyak membantu pelajar sekolah tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai inisiatif Kampung Angkat MADANI itu, Muhd Khair Razman berkata pelaksanaan inisiatif berkenaan bertujuan menambah baik kemudahan asas, menyokong pembangunan pendidikan serta meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar. 

“Inisiatif sebegini perlu diteruskan supaya infrastruktur di kawasan kampung khususnya di luar bandar tidak jauh ketinggalan berbanding di kawasan bandar,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings