the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis tumpas Geng Kavi, tangkap 6 ahli curi kabel KTMB

Polis tahan 6 ahli Geng Kavi yang aktif mencuri kabel KTMB di Kuala Muda, rampas peralatan dan kabel curi serta sebuah kereta dan motosikal.

SUNGAI PETANI: Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri kabel milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selepas menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng Kavi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata serbuan itu dilakukan pada Khamis lepas.

Enam anggota kumpulan berusia antara 27 hingga 51 tahun itu aktif melakukan kegiatan jenayah di sekitar Kuala Muda.

Mereka dipercayai terlibat dalam lima kes memotong dan mencuri kabel KTMB.

Polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk mencuri kabel, lapan gulung kabel KTMB, sebuah motosikal dan sebuah kereta.

Semakan rekod jenayah lampau mendapati kesemua suspek mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah dan jenayah.

Ketua kumpulan yang juga suspek utama berusia 38 tahun itu didapati mempunyai 30 rekod jenayah.

Rekod itu termasuk 12 berkaitan jenayah dan 18 berkaitan dadah.

Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Hanyan berkata modus operandi Geng Kavi ialah menggunakan sebuah kereta bagi memudahkan pergerakan dan menyimpan peralatan serta kabel yang dicuri.

“Mereka menggunakan peralatan khas seperti kapak, tukul besi, mesin pengisar, pemotong dan gergaji besi,” katanya.

Mereka merosakkan pagar milik KTMB, masuk ke kawasan landasan dan mencuri kabel yang berada di dalam manhole.

Suspek telah ditahan reman selama enam hari bermula 11 Disember bagi membantu siasatan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Selangor to fast-track pig farm relocation to Bukit Tagar

The Selangor government will expedite moving pig farms from Kuala Langat and Sepang to a modern centre in Bukit Tagar by year-end to tackle pollution and ensure sustainability.

BN confident of retaining Kinabatangan and Lamag seats

Barisan Nasional is confident of retaining the Kinabatangan parliamentary and Lamag state seats in the upcoming by-elections, citing strong campaign support from Sabah's ruling coalition.

Most Viewed

SL Aesthetic Group Celebrates 22 Years of Growth and Innovation Across Singapore and Southeast Asia

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - SL Aesthetic Group celebrates its 22nd anniversary, marking its growth from a single clinic into a multi-brand medical aesthetics and healthcare group.
spot_img

Popular Categories