the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Noraini Ahmad dilantik menteri perladangan dan komoditi

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi, bakal teruskan misi pacu sektor agrikomoditi ke arah lebih mampan.

KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerajui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dilihat bakal meneruskan misi memacu pertumbuhan sektor agrikomoditi negara ke arah lebih mampan.

Beliau tidak asing dengan sektor agrikomoditi setelah pernah menjadi Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dari Mac 2023 hingga Januari 2024.

Noraini, 58, sebelum ini memegang portfolio sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau menggantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Noraini juga pernah menggalas tugas sebagai Menteri Pendidikan Tinggi dari Mac 2020 sehingga Oktober 2022.

Beliau turut berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dari Mac 2008 hingga April 2009.

Noraini merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Analisis Kuantitatif dan Kewangan) dari Universiti Saskatchewan, Kanada.

Beliau seterusnya memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Tun Abdul Razak.

Pencapaian akademiknya diteruskan dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengurusan Pembangunan dari Universiti Utara Malaysia pada 2016.

Dalam arena politik, Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor itu merupakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO sejak Jun 2018.

Beliau adalah penyandang kerusi Parlimen Parit Sulong untuk empat penggal berturut-turut dari 2008 hingga kini.

Noraini juga merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dari April 2019 sehingga 10 Mac 2020. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings